suria

Sembilan bulan elak masak sambal sotong, Shuhada takut menangis teringat Hafidz Roshdi... “Ini lauk kegemaran dia”

Shuhada sudah mulakan fasa baharu selepas bercerai dengan Hafidz.

BEKAS isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada memberitahu dia mengambil masa selama sembilan bulan untuk kembali memasak lauk sambal sotong.

Menurut Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, dia bimbang akan menangis sekiranya menyediakan lauk berkenaan kerana itu merupakan menu kegemaran bekas suami.

Namun kini, Shuhada berkata dia sudah mampu turun ke dapur memasak hidangan berkenaan tanpa rasa sedih lagi.

shuhada 2

Shuhada berkongsi menu kegemaran bekas suami.

"Selepas sembilan bulan baru boleh masak hidangan ini, sebab lauk ini kegemaran dia kalau saya yang masak.

"Bukan apa takut nanti saya masak sambil ada perisa air mata pula.

"Sekarang ini kalau nak suruh saya masa katering sambal sotong pun boleh," katanya dalam nada berseloroh.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lafaz 22 Februari sah... Hafidz Roshdi dan Shuhada akhirnya cerai talak satu

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi derita gangguan bipolar, sudah 3 tahun terima rawatan

Shuhada menulis perkara tersebut di Instastory miliknya pada Rabu berserta gambar hidangan tersebut yang masih di dalam kuali.

Dalam pada itu, Shuhada berkata dia sudah melangkah fasa hidup baharu dan mahu memberi tumpuan mencari ketenangan dengan mendalami ilmu agama.

"Bukan nak cakap besar dah move on, tetapi nak beritahu Allah Maha Hebat. Dia yang membolak-balikkan hati manusia. Hari ini sayang dia, esok atau lusa belum tentu lagi.

shuhada 3

Shuhada bersama dua orang anaknya.

"Jadi tak perlu nak kejar sangat cinta awak. Mari kita kejar cinta Allah," ujarnya.

Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz sah bercerai pada 27 Julai lalu selepas mahkamah menetapkan lafaz yang dibuat oleh aktor berkenaan pada 22 Februari adalah mengikut hukum syarak.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain