suria

Baiknya hati... Syaiful, Sharif nak derma wang kemenangan mingguan Famili Duo 3 kepada tabung Palestin

Syaiful dan Syarif sudah tanya kepada Atu sebelum sertai Famili Duo 3.

TIDAK menyangka bergelar juara minggu pertama, pasangan duo adik-beradik iaitu Syaiful dan Sharif daripada kumpulan Zero bercadang mendermakan wang kemenangan mereka itu kepada Palestin.

Sharif atau Sharif Kadir Doli Sharif, 33, berkata sejak awal lagi mereka memasang impian tersebut namun tidak meletakkan harapan memandangkan perlu bersaing dengan penyanyi hebat lain dalam Famili Duo 3 (FD3).

"Kami cuma ada terdetik sekiranya kami menang kami akan sumbang duit ini sedikit kepada saudara di Palestin.

"Kami memang dah simpan niat itu," katanya kepada mStar.

photo_2023-10-16_09-49-50

Syarif dan Syaiful raih RM10,000 pada minggu pertama.

Syarif berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas konsert minggu pertama Famili Duo musim ketiga (FD3) yang diadakan di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam, Selangor pada malam Ahad.

Mengulas mengenai kemunculannya sebagai peserta keenam pada malam itu, Syarif memaklumkan pernah menolak tawaran Famili Duo pada musim lalu bersama Atu Zero.

Kata Syarif, ketika itu mereka terpaksa menolak tawaran berkenaan kerana komitmen kerja yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

"Kami dapat tawaran pada musim lepas lagi tapi kami tolak sebab sibuk dengan kerja kami.

ARTIKEL BERKAITAN: Syaiful dan Sharif Zero buat kejutan, peserta keenam Famili Duo 3

ARTIEKL BERKAITAN: Isyarat hilang punca mikrofon Shila dan Syahir tak berfungsi, produksi Famili Duo 3 mohon maaf

"Sebenarnya tawaran musim lepas itu kepada Atu dan dia ada tanya saya nak masuk atau tidak program ini.

"Kerana dalam adik beradik suara saya paling sedap tapi ketika itu saya ada pertandingan lain dan saya rasa tak boleh nak komitmen. Atu pun ketika itu faham keadaan saya," ujarnya.

Bagaimanapun untuk musim ini, Syarif berkata dia sendiri menawarkan diri dan tidak menyangka masih ada kekosongan itu.

Malah dia sempat bertanya kepada Atu sama ada mahu menyertai bersama, namun pelawak itu menyarankan abang mereka iaitu Syaiful.

Saya mengaku dalam adik beradik kami hanya Syaiful sahaja yang mampu menarik nada tinggi.

SYARIF ZERO

PELAWAK

"Masa saya diterima untuk menyertai program ini saya ada bertanya kepada Atu... saya tawarkan kepada dia dulu nak masuk atau tidak?

"Tapi dia cakap bawa abang (Syaiful) kita itu, mungkin dia belajar dari musim lepas kerana memang gila-gila dia punya penjurian, mungkin dia takut membebankan pada saya sebab itu dia suruh abang saya ini.

"Saya mengaku dalam adik beradik kami hanya Syaiful sahaja yang mampu menarik nada tinggi cumanya kami masih banyak lagi nak belajar," ujarnya.

Pada persembahan minggu pertama itu, duo adik-beradik iaitu Sharif dan Syaiful pula muncul sebagai juara mingguan dengan markah sebanyak 55.4 peratus.

photo_2023-10-16_09-47-14

Persembahan Syarif dan Syaiful raih pujian ramai.

Kejayaan itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Manakala, Shila dan adiknya iaitu Syahir berjaya mendapat tempat kedua dengan markah sebanyak 49.1 peratus.

Tempat ketiga pula milik Ryan dan Adam Bakery dengan 42.2 peratus, Tom dan Fuad (41.3), Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (37.8) serta Adira dan Emma Suhaimi (36.2).

FD3 bersiaran langsung setiap hari Ahad, pukul 9 malam di TV3 dan aplikasi Tonton.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain