suria

Wow! Naomi Campbell peraga busana Rizman Ruzaini di Dubai Fashion Week, akhirnya impian jadi kenyataan

Rizman Ruzaini berpimpin tangan dengan Naomi Campbell di Minggu Fesyen Dubai.

KEMUNCULAN pereka fesyen Rizman Ruzaini di Minggu Fesyen Dubai pada malam Ahad lalu menjadi tumpuan ramai apabila mempersembahan model antarabangsa Naomi Campbell memperagakan busana terakhir rekaannya.

Pada acara itu Naomi mengenakan gaun berwarna hitam dan dihiasi dengan kristal serta dipadankan dengan jaket bolero untuk koleksi musim bunga/panas 2024.

Ini merupakan kemunculan sulung Naomi pada acara berkenaan.

rarara

Pereka duo sempat berpelukkan dengan Naomi selepas tamat peragaan.

Pakaian yang direka oleh pasangan duo berkenaan terlihat anggun dan elegan apabila menggunakan sulaman dan manik halus yang sememangnya sinonim dengan rekaanya.

Menurut Rizman Ruzaini, rekaan tersebut diilhamkan daripada legenda rakyat Nusantara diberi nama Naga Seri Gumum yang mengisahkan tentang seorang naga tidur di Tasik Chini di negeri Pahang.

Malah jenama terkemuka itu mementaskan kira-kira 60 rekaan yang bertemakan Spring Summer 2024.

ARTIKEL BERKAITAN: Rizman Ruzaini tubuh RR Empire, mahu bantu orang ramai jana pendapatan tanpa modal... siap dapat latihan percuma!

ARTIKEL BERKAITAN: Kenyataan pereka fesyen gores hati, Natasha Hudson tuntut Rizman Ruzaini mohon maaf - “Mereka berat sebelah... mungkin sebab saya bukan artis gred A”

Acara yang diadakan secara tertutup itu turut dihadiri selebriti dalam dan luar negara.

Menjengah ke akaun Instagram Rizman Ruzaini pula, pasangan duo itu menganggap impiannya tercapai apabila rekaannya dipakai model antarabangsa.

"Impian jadi kenyataan," katanya ringkas.

Malah pasangan duo berkenaan turut berkongsi gambar dan video memperlihatkan mereka berpimpinan tangan dengan Naomi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain