PIHAK produksi program Famili Duo musim ketiga (FD3) tampil memohon maaf susulan masalah teknikal semasa persembahan pasangan adik-beradik iaitu Shila Amzah dan Amir Syahir. Penerbit eksekutif Famili Duo, Muhammad Sufian Che Isa berkata, insiden itu berlaku di luar kawalan pihak produksi malah bukan hanya mikrofon pasangan duo itu sahaja yang bermasalah. "Untuk persembahan Shila dan Syahir... Kami daripada pihak produksi memohon maaf, memang bukan disengajakan. "Isyarat frekuensi mikrofon tiba-tiba hilang... Bukan mikrofon Shila dan Syahir sahaja bermasalah tetapi mikrofon back up pun hilang isyarat. Sufian syukur kesilapan hanya berlaku selama 10 saat. "Nasib baik ia berlaku dalam tempoh 10 saat sahaja, kalau lebih daripada itu memang kita kena buat sesuatu. Malangnya ia berlaku pada persembahan Shila dan Syahir," katanya kepada mStar. Sufian berkongsi perkata itu menerusi sidang media selepas konsert minggu pertama FD3 yang diadakan di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam yang berlangsung pada malam Ahad. Kata Sufian, segala peralatan teknikal berjalan dengan lancar sebelum program berlangsung namun tidak menyangka kejadian di luar kawalan berlaku semasa siaran langsung. Sufian bagaimanapun berkata, insiden itu juga diharap dapat memberi ilmu kepada peserta dalam mengawal situasi sekiranya berlaku kejadian di luar kawalan. ARTIKEL BERKAITAN: Mikrofon tak berbunyi, Mas Idayu puji adik Shila Amzah bijak kawal situasi cemas ARTIKEL BERKAITAN: Syaiful dan Sharif Zero buat kejutan, peserta keenam Famili Duo 3 "Untuk siaran langsung seperti ini memang berlaku kita tidak boleh kata perkara macam ini tidak akan berlaku kerana ia di luar kawalan. "Tapi mereka juga berlajar sesuatu untuk mengatasi masalah itu di atas pentas... itu antara cabaran artis di atas pentas iaitu kegagalan teknikal," ujarnya. Sementara itu Shila pula menganggap perkara itu di luar kawalan yang boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja. Namun dia bersama adiknya percaya telah memberikan persembahan yang terbaik sewaktu di atas pentas. Bukan kecewa tetapi lebih kepada tak dapat kepuasan... kalau benda itu tak berlaku mungkin kami boleh beri lebih lagi. SHILA AMZAH PENYANYI "Entahlah... seperti juga kehidupan ada masalahnya, jadi kita teruskan sahaja... apa lagi yang boleh dibuat. "Benda tak jangka... kita dah buat latihan beberapa hari dan semua berjalan dengan lancar. Tapi paling penting kita dah buat sehabis baik pada ketika itu. "Bukan kecewa tetapi lebih kepada tak dapat kepuasan... kalau benda itu tak berlaku mungkin kami boleh beri lebih lagi," ujarnya. Pada persembahan minggu pertama itu, Shila dan Syahir berjaya mendapat tempat kedua dengan markah sebanyak 49.1 peratus. Shila dan Syahir anggap tiada rezeki untuk buat terbaik. Manakala pasangan adik-beradik Sharif dan Syaiful pula muncul sebagai juara mingguan dengan markah sebanyak 55.4 peratus. Kejayaan itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000. Tempat ketiga pula milik Ryan dan Adam Bakery dengan 42.2 peratus, Tom dan Fuad (41.3), Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (37.8) serta Adira dan Emma Suhaimi (36.2). FD3 bersiaran langsung setiap hari Ahad, pukul 9 malam di TV3 dan Tonton. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!