suria

World class performance! Gandingan Liza Aziz dan Noryn Aziz dapat pujian, satu auditorium berdiri beri penghormatan

Liza dan Noryn memberi persembahan yang mantap.

KEMUNCULAN penyanyi era 80-an Liza Aziz sebagai bintang jemputan menerusi persembahan bersama peserta All Stars Gegar Vaganza (ASGV) Noryn Aziz mendapat sorakan meriah daripada penonton pada malam Ahad.

Gandingan Noryn yang menyanyikan lagu I’m Every Women nyanyian asal Chaka Khan dilihat begitu serasi bersama Liza yang masih mengekalkan kemantapan vokal.

Rata-rata penonton di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersorak dan memberikan penghormatan 'standing ovation' sejurus kedua-dua bintang itu selesai membuat persembahan.

Dalam pada itu, juri tetap Datuk Syafinaz Selamat turut memuji nyanyian Noryn yang menyerlah disebabkan mendapat semangat daripada Liza.

noryn

Noryn dan Liza mendapat standing ovation daripada penonton.

“Saya rasa Liza beri awak tenaga untuk all out. Menyanyi dengan satu suara seperti Liza adalah sangat istimewa.

“Saya rasa ia adalah persembahan yang seimbang. Kedua-dua kamu tidak cuba untuk over shadow antara satu sama lain,” katanya.

Persembahan Noryn dan Liza turut mendapat pujian penonton di rumah yang menyifatkan nyanyian mereka berkelas antarabangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Elly Mazlein dedah sebab undur diri ASGV, pilih tenang dan bahagia - “Beri laluan orang is shaking buat kerja”

ARTIKEL BERKAITAN: ASGV minggu 4 ‘sendu’ tanpa Kak Lina, Nabil dan Jihan ucap terima kasih kepada Elly Mazlein

“World class performance. Love you both kak Liza dan Noryn Aziz.

“Liza Aziz berada di kelas tersendiri. Jadi penyanyi undangan saja pun dah luar biasa... Noryn Aziz buat pilihan tepat,” tulis netizen.

Selain Syafinaz, ASGV juga dijurikan oleh Datuk Ramli MS dan penyanyi Hetty Koes Endang.

ASGV dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

ASGV boleh ditonton menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap Ahad, pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain