suria

Syaiful dan Sharif Zero buat kejutan, peserta keenam Famili Duo 3

Syaiful dan Sharif peserta keenam Famili Duo 3.

PELAWAK Syaiful bersama adiknya iaitu Sharif daripada kumpulan Zero menamatkan teka-teki peminat apabila muncul sebagai peserta keenam yang berentap di pertandingan Famili Duo musim ketiga (FD3).

Pasangan duo berkenaan muncul di pentas FD3 selepas diumumkan pengacara rancangan tersebut iaitu Janna Nick dan Izzue Islam pada minggu pertama program itu yang berlangsung pada malam Ahad.

Terkejut dengan kemunculan pasangan adik-beradik itu, penonton seakan-akan terdiam sebelum bersorak melihat kemunculan mereka di pentas.

WhatsApp Image 2023-10-15 at 9.19.02 PM (1)

Pasangan adik-beradik ini akan menunjukkan kebolehan mereka menyanyi.

Dua beradik itu juga memaklumkan bahawa mereka juga seorang penyanyi dan melayakkan untuk menyertai pertandingan FD3.

"Sebab kami power menyanyi... Kami terima tawaran ini," kata Sharif.

Pada minggu pertama pertandingan, Syaiful dan Sharif akan mempertaruhkan lagu medley Ikan Dalam Kolam, Kopi Dangdut dan Dag Dig Dug.

Selain Syarif, FD3 turut disertai Ryan dan Adam (Duo adik beradik), Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (Duo Sepupu), Tom dan Fuad Rahman (Duo Suami Isteri), Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi (Duo Adik Beradik) dan Shila Amzah dan Syahir (Duo Adik Beradik).

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah menyanyi 30 buah lagu dua hari sebelum bersalin, bertanding di Famili Duo bukan isu buat Tom

ARTIKEL BERKAITAN: “Hidup ini bukan semata-mata di media sosial” - Haqiem Rusli jawab rumah tangga bermasalah, pilih diam selagi tak mudarat

Kesemua peserta akan diadili oleh juri profesional iaitu Ajai dan Mas Idayu.

Juara mingguan akan menerima hadiah bernilai RM10,000 sehingga episod ketujuh.

Manakala finalis di pentas akhir FD3 berpeluang merebut hadiah wang utama sebanyak RM100,000.

Famili Duo 3 bersiaran setiap hari Ahad, 9 malam di TV3 dan Tonton.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain