PELAKON Tiz Zaqyah meluahkan rasa kesal apabila dituduh enggan mendirikan rumah tangga kerana tidak menyukai kanak-kanak. Bengang dengan tuduhan itu, Tiz atau Siti Zaqyah Abdul Razak, 35, berkata, tuduhan tersebut adalah sesuatu yang tidak masuk akal. "Tiz kenapa awak tak kahwin? Mesti awak tak suka budak kan? "Perkara paling hina yang pernah saya dengar," katanya. Antara komen netizen yang sependapat dengan Tiz. Tiz berkongsi perkara itu menerusi akaun Twitter miliknya pada Ahad. Dia juga meminta agar pihak berkenaan menjaga mulut meskipun tidak senang melihat dia bahagia berstatus bujangnya. Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata menerima nasib seperti aktres berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Pegang watak mangsa rogol dalam ‘Liar’ cabaran besar Tiz Zaqyah, hampir kena serangan panik ARTIKEL BERKAITAN: Mencabar! Pertama kali Tiz Zaqyah mandi bunga, puas dapat berlakon babak tak boleh tayang di TV Malah ada yang memintanya untuk tidak melayan individu seperti itu kerana tidak bagus untuk kesihatan mental. "Ada pepatah mengatakan mulut orang kita takleh tutup, tapi kita boleh tumbuk. Next time tumbuk. "Mesti dia menyesal kahwin sebab sebenarnya dia yang tak suka budak. "Jangan layan Tiz. Sebab otak dia kurang berfungsi untuk fikir benda baik-baik," antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!