PELAKON Nabila Huda meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir golongan kenamaan (VIP) yang menyalahgunakan kemudahan ruang khas di Zepp Kuala Lumpur. Kata Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 39, terdapat golongan itu yang membuang puntung rokok di merata tempat termasuk di atas karpet. Disebabkan itu, ruang khas disediakan untuk merokok ditutup dan tidak boleh digunakan lagi. Nabila luahkan rasa marah itu di X. "Zepp ini dulu paling best sebab dia sediakan bilik rokok untuk semua. Memang tip top sebab dia terancang dengan baik dengan tempat dia. "Tapi disebabkan VIP bodoh yang bayar dekat box (ruang VIP) ini pergi merokok dalam bilik dan buang dekat karpet, terus ruangan merokok tutup. Bodoh tiada sivik," luahnya. Nabila meluahkan kekesalannya itu menerusi hantaran di laman sosial X pada Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: “Maaf tanya, siapa ini? Pelakon ke?” - Komen Nabila Huda timbul pertanyaan, Nad Zainal anggap isu masam muka bersifat ‘high school’ ARTIKEL BERKAITAN: Ubat kecewa peminat, Nabila Huda anjur konsert Payung Teduh X Sore kali kedua Menerusi ciapan berbeza, pelakon itu turut meluahkan rasa kesal apabila pengunjung tempat itu tidak menggunakan kemudahan dengan sebaiknya. "Inilah manusia, orang bagi kemudahan kau bodoh tidak gunakan dengan betul. "Bila tiada kemudahan kau memekak. Bila saman kau marah... Tapi sebenarnya diri sendiri yang bodoh," katanya. Nabila kesal dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab itu. Zepp Kuala Lumpur yang dibuka sejak 2022, adalah sebuah ruang konsert yang boleh memuatkan 2,500 penonton dalam satu masa termasuk tempat berdiri, duduk serta kotak VIP. Ia memang pilihan dalam kalangan penyanyi tempatan dan antarabangsa bagi mengadakan konsert bersaiz sederhana. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!