suria

Juara Bintang Klasik 2023 mahu terus pertahan lagu asli, buat kenduri menang RM30,000

Hisyam mahu terus martabatkan lagu klasik.

KEMENANGAN di pentas Malam Kemuncak Bintang Klasik 2023 memberi semangat buat juaranya iaitu Hisyam untuk aktif dalam bidang nyanyian dengan genre seperti itu.

Kata Hisyam atau Muhammad Hisyam Abdul Rahim, 22, meskipun masih usia muda itu tidak bermakna dia tidak boleh mendalami lagu-lagu klasik.

Malah menjadi tugasnya sebagai anak muda untuk terus memperjuangkan muzik klasik agar ia tidak dilupakan.

"Saya memang minat lagu-lagu klasik sejak kecil lagi dan orang muda seperti saya di zaman sekarang ini rasanya tidak salah untuk menyukai lagu-lagu lama.

hisyam 2

Kelunakan suara Hisyam berjaya memikat juri.

"Saya mahu terus perjuangkan lagu-lagu klasik supaya ia tidak tenggelam dalam industri muzik Malaysia. Saya harapakan dapat membuat persembahan lebih banyak lagu-lagu sebegini pada masa akan datang," katanya.

Hisyam dinobatkan sebagai juara menewaskan lima perserta akhir pada acara yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

Sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 berserta sebuah motosikal.

ARTIKEL BERKAITAN: Sabri Yunus tamat zaman duda, kini suami pelakon ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ Angeline Tan

ARTIKEL BERKAITAN: Bajet 2024: Industri kreatif dapat peruntukan RM160 juta, pengecualian duti hiburan persembahan pentas artis tempatan

Hisyam mempertaruhkan lagu berjudul Insan Dan Bunga yang pernah dipopularkan oleh Tiar Ramon serta Dendangan Laguku (Carefree).

Bersyukur atas kemenangan tersebut, Hisyam akui tidak mudah membawakan lagu-lagu pilihan produksi sendiri pada malam berkenaan.

"Lagu-lagu yang diberikan memang mencabar. Kita tahu lagu klasik dan asli ini ada lenggok tersendiri dan bukan mudah untuk dibawakan.

bintang klasik 2

Wann dan Jefry DIn turut tampil membuat persembahan.

"Selama ini saya banyak mendengar lagu-lagu klasik untuk mempelajari sendiri lenggok nyanyian asal. Dari situ saya cuba dalami dan faham supaya dapat memberikan persembahan terbaik," ujarnya.

Sementara itu, Hisyam berkata, dia berhasrat untuk mengadakan majlis kesyukuran sebagai tanda penghargaan buat keluarga yang telah banyak memberi sokongan.

"Syukur atas berkat doa kedua ibu bapa serta penyokong saya bergelar juara untuk edisi kali ini. Saya mahu hargai mereka dengan mengadakan kenduri kesyukuran nanti," jelasnya.

Sementara itu, tempat kedua pula dimenangi oleh peserta bernama Firdaus yang membawa pulang wang tunai RM20,000.

Manakala tempat ketiga diberikan kepada Nadia dengan wang kemenangan RM15,000.

Acara turut dimeriahkan dengan persembahan Datuk Jefry Din, Wann, Raja Ema dan Azlina Aziz.

Barisan juri pula terdiri daripada Datuk Wah Idris, Datuk S. Atan, Manan Ngah dan Datuk Mokhzani Ismail (ketua juri).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain