suria

Ceramah Dr Maza cara Angeline Tan dalami Islam, Sabri Yunus pilih nama Ardini dalam tempoh 2 minit - “Maksudnya isteri yang menyayangi”

Sabri dan Angeline melangsungkan pernikahan di kediaman Mufti Perlis.

PELAKON Angeline Tan banyak mendalami tentang agama Islam melalui video ceramah Mufti Perlis iaitu Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza di internet.

Disebabkan itu juga suaminya iaitu pelakon dan pengarah tersohor Sabri Yunus, 62, berhajat agar pernikahan mereka disempurnakan oleh Dr Maza.

Kata Sabri dia dan isteri bersyukur kerana Dr Maza memberi persetujuan atas permintaan mereka setelah mendapat bantuan seorang rakan malah majlis pernikahan itu dilakukan di kediaman mufti itu di Perlis.

"Saya banyak dedahkan isteri tentang agama Islam melalui video ceramah Dr Maza... Daripada situ dia mendalami ilmu agama. Jadi apa salahnya kalau saya mahu beliau menyempurnakan pernikahan kami.

angeline tan 1

Angeline peluk Islam pada 26 September lalu di Kelantan.

"Selepas Angeline memeluk Islam, saya nyatakan hasrat tersebut kepada seorang rakan dan Alhamdulillah dia uruskan semua," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

Pada pagi Sabtu, Sabri dan Angeline atau nama Islamnya Ardini Angeline Tan sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.

Dalam pada itu, Sabri memberitahu Angeline memeluk Islam pada 26 September lalu di Kelantan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sabri Yunus tamat zaman duda, kini suami pelakon ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ Angeline Tan

ARTIKEL BERKAITAN: Lima tahun menduda, Esma Daniel selamat bergelar suami Nur Atira - “Saya tak mahu gagal lagi”

Bercakap tentang nama Ardini, Sabri memberitahu dia sendiri memilih nama tersebut hanya dalam tempoh dua minit selepas isterinya sah melafazkah syahadah.

"Dia tahu tujuan kami berkawan rapat adalah untuk berkahwin. Jadi selepas peluk Islam, kami tak tunggu lama bagi meneruskan pernikahan ini.

"Kami rancang majlis dalam masa singkat dan semuanya berlangsung dalam serba sederhana sahaja.

"Ardini itu saya sendiri yang pilih selepas pihak pejabat agama minta kami pilih satu nama untuk didaftarkan... Dalam tempoh dua minit sahaja saya jumpa nama itu dan maksudnya adalah isteri yang menyayangi," ujarnya.

Apabila kembali rapat dengan Angeline, hati mula terdetik (berkahwin semula) sebab kami sudah lama mengenali dan tahu hati budi masing-masing.

SABRI YUNUS

PELAKON & PENGARAH

Sabri dan Angeline merupakan sahabat lama malah mereka cukup popular ketika sama-sama terlibat dalam sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada awal era 90-an.

Bagaimanapun hubungan mereka kembali bertaut sejak tiga tahun lepas apabila Angeline banyak terlibat dalam pembikinan drama produksi miliknya.

"Saya tak pernah tutup hati berkahwin lain selepas isteri meninggal dunia namun tidak pula saya mencari.

"Apabila kembali rapat dengan Angeline, hati mula terdetik (berkahwin semula) sebab kami sudah lama mengenali dan tahu hati budi masing-masing.

sabri 1

Pelawak dan penyampai radio Issey turut berkongsi foto bersama pasangan mempelai.

"Sebab itu saya banyak libatkan dia dalam produksi saya supaya kami jadi lebih rapat," jelasnya.

Untuk rekod Sabri Yunus pernah mendirikan rumah tangga dengan Norraya Mohd Yusof dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya matanya.

Norraya bagaimanapun meninggal dunia akibat kanser pada Ogos 2007.

Sementara itu, Angeline pula mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain