suria

Nasib Janna Nick dan Shila Amzah serupa, tak mudah galas tanggungjawab sebagai anak sulung - “Kita hanya sekadar pengantara”

Janna Nick bimbang Shila tak dapat memberi fokus persembahan di Famili Duo musim ketiga.

PELAKON Janna Nick dapat menyelami masalah melanda rakannya iaitu Shila Amzah kerana turut datang daripada keluarga berantakan akibat penceraian ibu bapanya.

Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, berkata, sebagai anak sulung tanggungjawab digalas bukan mudah namun tidak pernah mengharapkan sebarang balasan terhadap semua pengorbanan yang pernah dilakukan.

Malah kata Janna, dia percaya dalam setiap rezekinya ada hak orang lain manakala dia sekadar pengantara.

"Tanggungjawab sebagai anak sulung itu besar tapi kita kena fikir keberkatan di sebaliknya dan tidak boleh mengharapkan orang lain membalas jasa kita.

Janna

Janna memberitahu tanggungjawab sebagai anak sulung tidak mudah.

"Punca rezeki kita itu sebenarnya datang daripada kita membantu ahli keluarga... Tak kisahlah orang itu buat jahat atau layan kita tak baik.

"Selagi rezeki kita tak putus selagi itulah berbagi, kadang-kadang kita ini hanya sekadar pengantara," katanya kepada mStar.

Janna berkongsi perkara itu selepas pementasan teater Pak Pandir bersama Labu Labu Ajaib yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada petang Jumaat.

Dalam pada itu, Janna berpendapat masalah keluarga tidak sepatutnya disebarkan melalui media sosial kerana menganggap ia mendatangkan mudarat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sakit yang tak boleh hilang sampai bila-bila” - Janna Nick masih hidap bipolar, tidak lagi bergantung ubat-ubatan

ARTIKEL BERKAITAN: Fauziah Sarman terguris kata-kata kesat Shila Amzah, belum mampu maafkan anak - “Hati emak sudah dikisar halus”

Sebaliknya kata isteri Dinni Schatzmann ini, masalah keluarga sebaik-baiknya diselesaikan secara tertutup tanpa campur tangan pihak luar.

"Sebagai public figure sebahagian pendapatan datangnya daripada media sosial... Kalau ada ahli keluarga mencemarkan nama baik kita itu maknanya dia memang mempunyai niat tidak baik.

"Walaupun sekadar ingin menjelaskan keadaan, media sosial bukan tempat yang betul. Saya tidak memihak kepada sesiapa tetapi pendapat secara umum.

Walaupun niat ingin menjelaskan keadaan, media sosial bukan tempat yang betul.

JANNA NICK

PELAKON & PENGACARA

"Malah saya sendiri berharap jika perkara sebegini berlaku (kepada keluarga sendiri), harapnya tidak menggunakan media sosial sebagai tempat meluahkan perasaan," ujarnya.

Sementara itu, Janna turut bersimpati dengan nasib menimpa Shila susulan perbalahan melibatkan adik-beradik serta ibunya yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Janna berkata, dia juga turut berasa bimbang jika isu itu akan menganggu persediaan Shila dan adik lelakinya, Amir Syahir menerusi program Famili Duo musim ketiga (FD3) yang bakal berlangsung pada malam Ahad.

Untuk rekod, Janna bakal bergandingan dengan pelakon Izzue Islam sebagai hos Famili Duo yang bakal bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9 malam di TV3.

Janna

Janna melihat perkongsian di media sosial tentang hal keluarga mendatangkan kemudaratan.

Selain Shila dan Syahir, empat lagi pasangan duo yang berentap adalah Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi (adik-beradik), Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (sepupu), Ryan Bakery dan Adam Bakery (adik-beradik) serta Tom dan Fuad (suami isteri).

Manakala satu lagi pasangan duo akan diumumkan pada minggu pertama FD3.

Komposer Ajai dan penyanyi dangdut Mas Idayu bertindak sebagai juri profesional.

Kemelut keluarga ini menjadi perhatian selepas adik Shila yang juga penyanyi Syada Amzah mendakwa dia bakal dihalau keluar daripada kediamannya susulan banglo milik Shila itu bakal dijual selain sedang mencari rumah sewa.

Shilaa

Shila dan keluarga sedang diduga dengan masalah yang menyebabkan hubungan mereka retak.

Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, pula menafikan dakwaan dia menghalau adik-beradiknya sebaliknya mahu menjual banglo tersebut kerana ingin membeli kediaman baharu lebih selesa buat ibu mereka.

Isu tersebut berlarutan apabila adik lelakinya Amir Syafiq mendedahkan Shila tidak membuat sebarang perbincangan sebelum berhasrat menjual banglo tersebut.

Shila turut didakwa datang ke banglo berkenaan sambil menendang pintu selain didakwa memaki ibunya sehingga mengguris hatinya.

Fauziah yang berkecil hati dengan Shila dalam satu kenyataan pula memberitahu dia tidak akan memaafkan perbuatan anaknya itu terhadapnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain