GELAGAT pelawak dan penyampai radio Jep Sepahtu tersilap meneguk cecair pencuci mulut sebagai minuman membuatkan ramai gelit hati. Jep atau Muhd Nadzri Zainal Abidin, 38, yang sedang leka berbual dengan rakannya iaitu Gomok Gahai selamba mencapai botol cecair pencuci mulut itu sebelum menyedari ia bukan minuman. Dengan hanya memakai tuala putih, Jepp selepas itu bergegas meninggalkan siaran langsung video di Tik Tok selepas mengetahui yang dia telah tersilap. Jep tertukar air 100 Plus dan juga Listerine. "Aku terminum Listerine. Aku tersalah botol. Aku ingatkan 100 plus," katanya kepada Gomok dan juga seorang lagi rakannya, Usop Gahai. Melalui suntingan video pendek yang dimuat naik semula, kedua-dua rakannya itu hanya ketawa dengan telatah Jep. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tidak dijemput” - Jep perjelas tak datang majlis kahwin Shuib dan Watie ARTIKEL BERKAITAN: “Sukar untuk disatukan semula” - Mamat Sepah rindu Jep dan Shuib, harap boleh duduk semeja minum kopi Rata-rata peminat dalam siaran tersebut juga hanya meninggalkan emoji ketawa sehingga mengeluarkan air mata. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dan ada juga yang bersimpati kepada Jep. Reaksi Jep membuatkan peminat terhibur. "Aku mengekek ketawa tadi lepas tengok video ini. Hahahaha. "Mak aii.. Dia teguk macam itu sahaja. Jep okay tak tu? Terasa pedasnya sampai sini. "Listerine tu kumur pun sakit.. Inikan masuk tekak," kata peminat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!