HUBUNGAN pelakon Puteri Sarah Liyana bersama aktor Indonesia iaitu Andi Arsyil yang dilihat semakin akrab dan mesra sehingga menjadi tumpuan peminat. Apatah lagi Andi dilihat menghadiri menonton pementasan teater Pak Pandir bersama Labu Labi di Panggung Sari, Istana Budaya pada Jumaat lalu menguatkan lagi gosip tersebut. Pun begitu, hubungan mereka mendapat restu peminat yang mahu melihat bekas isteri Syamsul Yusof itu bahagia selepas bercerai. Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, bagaimanapun menganggap masih terlalu awal untuknya berkongsi mengenai sejauh mana hubungan mereka ketika ini. Peminat restu hubungan Puteri Sarah dan Andi. Kata Puteri Sarah, dia tak mahu melalui kegagalan dalam hubungan buat kali kedua seperti yang pernah dilalui sebelum ini. "Masih terlalu awal untuk bercakap... saya takut juga. Takut pisang berbuah dua kali. "Jadi kita tengok macam mana dululah," katanya kepada mStar. Puteri Sarah berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui selepas pementasan teater Pak Pandir bersama Labu Labi Ajaib yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah diganggu Mastura sejak Ogos, netizen tolong siasat sampai jumpa alamat IP ARTIKEL BERKAITAN: Andi Arsyil mengadu kena stalk, Puteri Sarah tanya tujuan individu menghendap Menjawab kemunculan Andi yang hadir menonton pementasan teater lakonannya, Puteri Sarah memberitahu kehadiran aktor itu sebagai menyokong kariernya. Menurut Puteri Sarah kehadiran Andi ke Kuala Lumpur bukan seorang diri sebaliknya ditemani beberapa rakan sepasukannya. "Kami sebagai rakan perniagaan, jadi kita saling menyokong. Kalau ada apa-apa pun, Insya-Allah saya dan tim akan sokong. "Lagipun dia bukan datang seorang tapi bersama pasukan dia juga. Kami sebagai rakan perniagaan, jadi kita saling menyokong. PUTERI SARAH LIYANA PELAKON "Kita jemput dia untuk datang tengok," kongsinya. Kata Puteri Sarah, kemunculan Andi itu tidak dirancang sebaliknya dia kebetulan menghadiri mesyuarat berkaitan perniagaannya di sini. Kesempatan itu tidak disia-siakan apabila Andi turut hadiri memberi sokongan kepada rakan perniagaannya. "Kami rancang nak buka kilang di sini. Insya-Allah kalau berjalan lancar, kilang akan beropersi di sini. Macam hari itu dia datang Sepahtu Reunion dia ada mesyuarat... kali ini pun sama," ujarnya. Puteri Sarah memberitahu kehadiran aktor itu sebagai menyokong kariernya. Sebelum ini, Puteri Sarah menjelaskan hubungannya dengan Andi sekadar kawan dan rakan perniagaan selain pertemuan mereka hanya atas urusan perniagaan yang turut ditemani pengurus dan anak-anak. Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 namun jodoh mereka hanya bertahan selama sembilan tahun apabila sah bercerai talak satu pada 14 Jun 2023. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!