PELAKON Puteri Sarah Liyana terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan sebuah pusat perubatan swasta pada Sabtu susulan mengalami demam panas. Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, dia ke hospital kerana badannya terasa lemah dan tidak boleh berdiri sebelum dimaklumkan suhu badannya sudah mencecah 40 darjah celcius. "Saya beritahu doktor rasa badan macam nak demam... doktor periksa bukan nak demam tapi dah demam pun. Suhu badan sekarang 40. Puteri Sarah masih kuat bekerja biarpun sedang sakit. "Masuk unit kecemasan, cepat-cepat drip dengan paracetamol dan vitamin C. Badan terlalu lemah dan tak boleh nak berdiri. "Rasa nak pengsan... Tanpa sedar terus tertidur," katanya. Puteri Sarah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Masih terlalu awal cakap soal cinta, Andi Arsyil kebetulan datang KL tonton pementasan teater lakonan Puteri Sarah ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah diganggu Mastura sejak Ogos, netizen tolong siasat sampai jumpa alamat IP Dalam pada itu, pelakon drama Suri Hati itu memberitahu dirinya sudah lima hari mengalami demam panas dan badannya terasa sangat penat. Pun begitu, aktres berkenaan tetap bersemangat untuk berkerja tanpa sedar keadaannya badannya sebenar sedang sakit. "Lima hari demam, badan rasa panas sejuk sangat tapi tak rasa. Cuma rasa penat sangat. "Badan lemau tapi sebab semangat kerja kuat tak rasa langsung sebenarnya sakit," ujarnya. Puteri Sarah bagaimanapun memaklumkan tahap kesihatannya baik dan menasihati orang ramai untuk terus ke hospital sekiranya rasa tidak sihat. "Alhamdulillah dah check darah tidak ada apa... Pengajarannya kalau rasa tak sedap badan, pergilah periksa cepat okay. Takut nanti jadi lagi teruk," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!