TERKESAN dengan nasib menimpa umat Islam di Gaza, Palestin membuatkan Haqiem Rusli dan Ariff Bahran tampil dengan persembahan penuh emosi di Famili Duo musim ketiga (FD3) dalam mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat. Ariff atau Muhammad Ariff Bahrain Ahmad Azhari, 25, berkata, idea persembahan mereka juga adalah idea isterinya sendiri iaitu Amirah Syazwani Ridzwan selepas menonton video tular mengenai situasi di bumi bergolak itu. Kata Ariff, melihat penderitaan kanak-kanak yang tidak berdosa membuatkan dia terbayang anaknya sendiri. Persembahan penuh emosi daripada Arieff dan Haqiem. "Saya mempunyai anak berusia setahun... Kanak-kanak seusianya di Palestin sedang berdepan situasi yang amat menakutkan. "Melihat video dan gambar kesangsaraan mereka yang kena bom, dirawat di hospital membuatkan hati saya sebagai seorang bapa remuk. ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan dapat pujian Ajai, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran juara minggu kedua Famili Duo 3 ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tonton content 'bodoh' Ariff Bahran, tak tergores hati dikecam simpan duit dalam peti sejuk - "Saya faham fungsi media sosial" "Jadi apa kami boleh lakukan sebagai selebriti, ini sahaja cara kami (melalui persembahan) untuk membantu meningkatkan kesedaran," katanya kepada mStar. Ariff berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media program FD3 yang diadakan di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam pada malam Ahad. Saya mempunyai anak berusia setahun... Kanak-kanak seusianya di Palestin sedang berdepan situasi yang amat menakutkan. ARIFF BAHRAN PENYANYI Mengulas mengenai pandangan segelintir pihak program hiburan perlu dihentikan bagi menghormati situasi berlaku di Palestin, Haqiem memberitahu ia bergantung pada situasi. Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, berkata, tidak salah menganjurkan acara hiburan namun bergantung kepada mesej yang ingin disampaikan dan selain tidak berlebihan. "Kita tidak boleh ke Palestin untuk berjuang... Ini sahaja cara kami memberikan kesedaran tentang pergolakan di negara tersebut. "Bagi saya hiburan tidak salah cuma bagaimana cara pembawakan kita sama ada ke arah negatif atau positif. "Mungkin dengan persembahan ini menunjukkan hiburan itu tidak salah tetapi cara serta mesej disampaikan itu perlulah sesuai dan jangan berlebih-lebihan. Haqiem dan Ariff membawakan lagu medley Earth Song dan We Will Not Got Die dengan menggayakan pakaian bertemakan warna bendera Palestin. Apa yang lebih menyentuh emosi apabila kedua-dua mereka menggunakan latar belakang klip video memaparkan keadaan rakyat Palestin ketika ini. Haqiem dan Ariff dinobat sebagai juara mingguan FD3 minggu kedua. Persembahan pasangan ini berjaya mencuri perhatian juri, sekali gus terpilih sebagai juara mingguan dengan markah sebanyak 98.7 peratus. Selain Haqiem sepupunya Ariff, FD3 turut menampilkan lima pasangan duo lain iaitu Adira Suhaimi dan Ema Suhaimi, Ryan dan Adam Bakery, Syarif dan Syaiful, Shila Amzah dan Amir Syahir serta Fuad Rahman dan Tom. FD3 disiarkan setiap Ahad, pukul 9 malam di TV3 dan Tonton. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!