PESERTA All Stars Gegar Vaganza (ASGV) Ayai Ilusi tidak meletakkan isu monitor telinga sebagai punca dia tersingkir pada minggu kelima pertandingan berkenaan pada malam Ahad. Ayai atau Zaharuddin Kamaruddin, 61, malah sudah menjangka perjuangannya bakal berakhir disebabkan persembahan yang kurang memuaskan. "Selepas selesai buat persembahan, saya sudah jangka yang saya akan tersingkir. "Memang ear monitor itu nak terkeluar. Bukan tak dengar cuma pendengaran terganggu. Jadi bila nak masuk bahagian chorus, ear monitor jatuh pula," katanya kepada mStar. Ayai tidak meletakkan kesalahan kepada ear monitornya. Ayai menjelaskan perkara itu ketika ditemui pada sidang media konsert ASGV minggu kelima yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad. Dalam pada itu, Ayai berkata, susulan monitor telinga bermasalah, ia turut membuatkan dia menyanyi di luar tempo sehingga menyebabkan barisan juri tidak berpuas hati dengan persembahannya. ARTIKEL BERKAITAN: Berdepan masalah tempo dan tak cukup nafas, Ayai Ilusi tersingkir ASGV minggu kelima ARTIKEL BERKAITAN: “Doa orang di luar sana makbul” - Aishah peserta ketiga tersingkir All Stars Gegar Vaganza minggu keempat "Saya tidak salahkan teknikal tapi benda itu tercabut, dia longgar nak buat macam mana. "Saya terima penyingkiran sebab saya diadili juri yang bukan calang-calang. Jadi apa yang dinilai, saya terima," katanya. Ayai akui berasa penat kerana ulang alik Johor-Kuala Lumpur. Sementara itu, Ayai berkata, faktor keletihan turut menjadi sebab dia gagal menyampaikan lagu Pusara di Lebuhraya nyanyian asal Ekamatra dengan sempurna. "Tom Ram (Ramli MS) cakap akhir-akhir ini saya macam penat, memang betul. Saya terasa penat sangat, suara saya pun tiada sebenarnya. "Saya banyak tekan suara saya, saya nak cuba yang terbaik sehingga hampir hilang suara saya," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!