PERJUANGAN penyanyi Ayai Ilusi terhenti selepas namanya diumumkan peserta tersingkir pada minggu kelima All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada malam Ahad. Ayai atau Zaharuddin Kamaruddin, 61, hanya mendapat 53 peratus markah daripada juri profesional menjadikan dia peserta tercorot minggu ini. Ayai membawakan lagu Pusara di Lebuhraya nyanyian asal Ekamatra gagal menarik hati juri apabila terdapat beberapa kesilapan dalam nyanyiannya. Menurut ketua juri Datuk Ramli MS, Ayai mempunyai masalah tempo selain tidak mempunyai nafas mencukupi untuk membawakan lagu itu. Juri tidak berpuas hati dengan persemahan Ayai. “Tempo dekat depan dua kali hancur... Nafas dekat belakang tercungap. Ada tempat tidak sempurna,” katanya. Menurut Ayai, masalah tempo itu adalah disebabkan monitor telinga yang tidak berfungsi. “Ear monitor saya nak jatuh menyebabkan saya terlari tempo,” ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: “Doa orang di luar sana makbul” - Aishah peserta ketiga tersingkir All Stars Gegar Vaganza minggu keempat ARTIKEL BERKAITAN: Cliff Umar dan Suki Low 2 peserta pertama tersingkir All Stars Gegar Vaganza Sementara itu, penyanyi Liza Hanim mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 70.50 peratus, diikuti Naqiu (69.75 peratus) dan Jaclyn Victor berada di kedudukan ketiga (69 peratus). Dalam pada itu, Naqiu diumumkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak mengikut undian penonton. ASGV dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein dan ia boleh ditonton menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap Ahad, pukul 9 malam. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!