suria

Persembahan dapat pujian Ajai, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran juara minggu kedua Famili Duo 3

Persembahan Ariff dan Haqiem berjaya memikat hati juri.

PASANGAN sepupu Haqiem Rusli dan Ariff Bahran muncul sebagai juara minggu kedua program Famili Duo musim ketiga (FD3) yang berlangsung di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam pada malam Ahad.

Susulan kemenangan itu, Haqiem dan Ariff berjaya membawa pulang hadiah mingguan berupa wang tunai sebanyak RM10,000.

Pada pertandingan itu, pasangan duo itu menyanyikan lagu medley Earth Song dan We Will Not Got Die dengan persembahan drama penuh simbolik menunjukkan solidariti terhadap umat Islam yang dizalimi di Palestin.

Persembahan pasangan ini berjaya mencuri perhatian juri dan mendapat markah sebanyak 98.7 peratus.

Juri tetap Ajai memuji persembahan keseluruhan Haqiem dan Arieff yang disifatkan mampu mengalirkan air mata pendengar.

gfdfg

Pasangan sepupu ini membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

“Saya rasa apa sahaja yang ada di pentas, penyampaian, range yang tepat, penghayatan rasa... anda berjaya.

“Awak jumpa range yang tepat, tone suara awak carry dengan nyanyian awak.

“Saya rasa nyanyian awak... bukan hanya rasa tapi air mata saya pun mengalir. You did well malam ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Famili Duo minggu pertama pukul habis program TV, ditonton 3.8 juta

ARTIKEL BERKAITAN: Baiknya hati... Syaiful, Sharif nak derma wang kemenangan mingguan Famili Duo 3 kepada tabung Palestin

Ajai memberi sepuluh markah kepada pasangan itu manakala sembilan daripada Mas Idayu.

Sementara itu, Shila Amzah dan Amir Syahir berjaya mendapat tempat kedua dengan markah sebanyak 94.5 peratus.

Tempat ketiga milik Adira dan Emma Suhami 88.5 peratus, Syarif dan Syaiful di kedudukan keempat 81.5 peratus.

Manakala tempat kelima milik Tom dan Fuad74.1 peratus dan keenam Ryan dan Adam Bakery dengan 64.7 peratus.

FD3 bersiaran langsung setiap hari Ahad, pukul 9 malam di TV3 dan Tonton.

Konsert minggu kedua FD3 turut dimeriahkan dengan kehadiran pelakon Sophia Albarakbah serta pasangan pengantin baharu, Sabri Yunus dan Angeline Tan.

Finalis akhir FD3 berpeluang merebut hadiah wang tunai utama sebanyak RM100,000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain