suria

‘Ku Mohon’ doa buat bumi bergolak, pembukaan All Stars Gegar Vaganza minggu kelima dedikasi buat Palestin

Peserta ASGV minggu kelima tampil menyanyikan lagu Ku Mohon.

SEBAGAI tanda solidariti terhadap rakyat Palestin, pembukaan konsert minggu kelima All Stars Gegar Vaganza (ASGV) ditujukan khas buat umat Islam di negara bergolak berkenaan.

Kesemua 13 peserta yang berentap tampil dengan persembahan pembukaan dengan lagu Ku Mohon nyanyian asal Datuk Shiela Majid yang didedikasikan buat Palestin.

Tidak hanya itu, pihak produksi, peserta serta barisan juri turut menyalurkan sumbangan kepada negara yang sedang bergolak itu sebagai salah satu usaha membantu mereka yang memerlukan.

Snapinsta.app_394659408_312303008189870_962961841278725264_n_1080

Peserta ASGV bersatu hati menyatakan sokongan terhadap Palestin.

"Astro, kru penerbitan, artis dan juri memberikan sumbangan buat rakyat-rakyat di Palestin," kata pengacaranya iaitu Nabil Ahmad.

Bagi menghormati semua mangsa yang syahid akibat dibedil zionis, seluruh Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membaca Al-Fatihah buat Palestin.

ASGV pada musim ini menampilkan 16 finalis yang mana 10 daripadanya adalah juara daripada musim lalu manakala enam lagi adalah pilihan peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Trending setiap minggu, 6.11 juta tonton All Stars Gegar Vaganza

ARTIKEL BERKAITAN: Drama dan kontroversi Gegar Vaganza tak dirancang, sejak musim pertama trending nombor satu

Tiga daripada mereka iaitu Suki, Cliff Umar dan Datuk Aishah tersingkir setakat ini.

Program realiti itu menampilkan Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein sebagai pengacara manakala Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Syafinaz Selamat kembali sebagai juri.

ASGV berlangsung selama 12 minggu dan bersiaran secara langsung setiap Ahad, pukul 9.00 malam di Astro Ria (Saluran 104).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain