USAHAWAN sensasi Iqbal Zulkefli sedar untuk menjadi seorang penyanyi yang baik dia perlu sekurang-kurangnya belajar vokal secara konsisten selama lima tahun. Iqbal atau Ahmad Iqbal Zulkefli, 29, berkata, dia sedar tidak dilahirkan mempunyai suara yang lunak namun tidak akan berputus asa dan akan terus belajar. “Jika saya betul-betul mahu menyanyi, sekurang-kurangnya saya perlu konsisten lima tahun belajar. “Itu pun bukan menjadi penyanyi profesional... Saya sedar diri tetapi saya seorang yang suka belajar,” katanya. Hantaran Iqbal di Insta Storynya. Iqbal berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu hantaran di Instastory miliknya pada Ahad. Iqbal turut mengulang siar video rakaman sesi latihan bersama guru vokal Cikgu Shafi ketika menyertai program realiti Big Stage tahun lalu. Dalam pada itu, Iqbal berkata, tidak semua penyanyi yang pernah merakamkan album mampu memberikan persembahan terbaik ketika muncul dalam program siaran langsung. Kata Iqbal, seorang penyanyi yang berani menampilkan diri di atas pentas jauh lebih baik berbanding hanya membuat rakaman di dalam studio. ARTIKEL BERKAITAN: Bermesra dengan mak nyah tepi jalan, Iqbal anggap wanita jadian lebih sporting berbanding perempuan tulen - “Mereka sentuh dan peluk saya” ARTIKEL BERKAITAN: “Gaji dia tiga kali ganda bibik biasa” - Iqbal Zulkefli upah maid baharu dari Filipina, ada sebab tak ambil pembantu rumah tempatan “Sebenarnya berapa peratus sahaja penyanyi rakaman berani menyanyi di atas pentas. “Penyanyi pentas itu bakatnya jauh berbeza dengan penyanyi rakaman,” ujarnya. Sementara itu, Iqbal berkata, kesemua guru vokal yang pernah ditemuinya memuji vokalnya sebagai mempunyai karakter tersendiri. Meskipun tidak mempercayai akan perkara itu namun dia tidak menolak pujian diberikan mengenai kredibilitinya sebagai penyanyi. “Kesemua guru vokal yang saya jumpa dalam sepuluh orang, semuanya beritahu saya boleh menyanyi. Iqbal pernah menyertai program realiti Big Stage. "Saya pun semacam tidak percaya tetapi mereka semua profesional lebih tahu menilai kan? Semua guru vokal berkata suara saya ada katekter atau ciri khas," katanya. Jelasnya, ia termasuk Cikgu Shafi yang memuji kelancarannya menyebut perkataan dalam nyanyian. "Cuma beliau tegur, saya terlalu banyak berfikir sehingga tidak dapat fokus. Satu lagi, mata saya terlalu cepat tangkap berbanding telinga. "Memang betul, waktu di pentas mata saya nampak keseluruhan ibarat bulu hidung pun saya boleh nampak," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!