DALAM kegembiraan menyambut kelahiran cahaya mata kedua, penyanyi Aril Pilus memberitahu hatinya masih bimbang memikirkan isteri iaitu Puteri Erma Adlina Megat Ami yang kini berada di unit rawatan rapi (ICU) selepas menjalani pembedahan membuang rahim. Kata Aril atau Khairil Azam Pilus, 37, isterinya itu terpaksa menjalani dua kali pembedahan akibat masalah fibroid yang dialami. "Saya tak boleh nak terlalu gembira kerana ada yang belum selesai lagi. Sekarang isteri masih ditidurkan di ICU untuk tujuan pemantauan. Tak boleh nak ceritakan perasaan sekarang ini, saya rasa kosong. Aril mohon doa agar isterinya segera sembuh. "Perasaan saya sekarang ini 50 peratus gembira dan 50 peratus sedih serta risau. Namun dapat melihat wajah baby buat saya rasa gembira," katanya ketika dihubungi mStar pada Selesa. Aril sebelum itu berkongsi isterinya selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka secara pembedahan. Bayi lelaki seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan di Hospital Ampang pada pukul 10.20 pagi Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Kandungan kedua isteri Aril Pilus diuji lagi, alami pendarahan selain masalah cyst ARTIKEL BERKAITAN: Lapan tahun menunggu, Aril Pilus teruja isteri hamil anak kedua... Terima hakikat ini merupakan cahaya mata terakhir Menurut Aril pembedahan kedua isterinya itu dilakukan atas nasihat doktor akibat pendarahan teruk selepas bersalin. "Pada awalnya doktor beritahu pembedahan untuk masalah fibriod itu tidak perlu dilakukan lagi kerana bahaya selepas melahirkan anak. Saya tak boleh nak terlalu gembira kerana ada yang belum selesai lagi ARIL PILUS PENYANYI "Namun disebabkan isteri alami pendarahan teruk, doktor nasihatkan untuk terus lakukan pembedahan kedua. Doakan isteri saya agar cepat sembuh," ujarnya. Dalam temu bual sebelum ini Aril pernah berkongsi mengenai masalah fibroid yang dialami Erma ketika awal kehamilan kedua itu. Aril bersama isteri dan anak sulung mereka. Dia juga terpaksa menerima hakikat isterinya perlu menjalani pembedahan membuang rahim meskipun lapan tahun menantikan kelahiran cahaya mata kedua. Untuk rekod Aril dan Erma mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2013 dan mereka juga memiliki seorang anak lelaki iaitu Tun Adriel Mikael yang kini berusia lapan tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!