suria

Azri Iskandar tak bohong, anak jadi bukti dah jumpa wanita bakal pengganti Dr Azra

Azrell merestui perhubungan Azri bersama teman baharu.

PENDEDAHAN pelakon Azri Iskandar sedang mengenali wanita lain untuk dijadikan calon pasangan hidup bukanlah cerita rekaan kerana anaknya iaitu Azrell Omar mengesahkan sudah bertemu individu itu baru-baru ini.

Kata Azrell, 19, dia dan adik-beradik lain ada bertentang mata dan makan semeja dengan seorang wanita yang mahu dirahsiakan identiti.

Malah mereka memberi restu jika bapanya itu menjalinkan hubungan serius dengan wanita tersebut berbanding individu yang masih tidak diketahui kewujudannya dikenali sebagai Dr Azra.

"Bulan lepas ayah ada membawa kami adik-beradik serta dua lagi anaknya daripada perkahwinan pertama untuk untuk perkenalkan wanita itu kepada kami.

Azri bersama-sama anak daripada perkahwinan terdahulu.

Azri bersama-sama anak daripada perkahwinan terdahulu.

"Kami sekeluarga ada keluar makan dan apa yang saya nampak hubungan kali ini lebih serius sebab ayah dan wanita itu sudah berjumpa agak kerap," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Azrell memberitahu dia tidak tahu status sebenar Azri, namun tidak menghalang jika bapanya itu sudah menemui teman pengganti baharu.

Menurut Azrell, teman wanita baharu bapanya kini dilihat lebih ikhlas kerana dapat menerima mereka adik-beradik.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih setahun tak jumpa tunang, hubungan Azri Iskandar dengan Dr Azra mula renggang... Kini sedang mengenali wanita lain

ARTIKEL BERKAITAN: Ellie Suriaty dan Azri Iskandar bertemu selepas setahun cerai, siap bergandingan dalam 'Tanah Kubur'

"Saya pun sebenarnya tidak tahu status dia sama ada single atau sedang bercinta dengan wanita lain tapi saya tidak kisah kalau dia sedang bercinta dengan mana-mana perempuan.

"Wanita itu pun nampak seperti ikhlas mahu mengenali kami, macam sesetengah perempuan lain hanya mahu seorang duda tetapi tidak dapat menerima anak-anak mereka.

Kami sekeluarga ada keluar makan dan apa yang saya nampak hubungan kali ini lebih serius.

AZRELL OMAR

ANAK AZRI ISKANDAR

"Saya lihat wanita itu boleh terima dia (Azri) seadanya jadi saya rasa wanita ini mungkin baik untuk ayah tetapi saya tidak mahu terlalu rapat selagi hubungan mereka belum betul-betul serius," ujarnya.

Ditanya komen netizen yang berharap agar ibu bapanya kembali bersama, Azrell berkata dia lebih gembira melihat kehidupan ibunya kini.

Baginya, perpisahan ini mungkin jalan terbaik buat mereka.

"Saya rasa apa yang jadi pada mereka, berpisah adalah jalan yang terbaik. Tak nafikan kalau ada jodoh semula pasti kami adik-beradik gembira.

"Tapi buat masa sekarang saya rasa mungkin ini (berpisah) yang terbaik untuk ibu dan ayah saya. Saya lihat ibu pun bahagia dengan kehidupannya sekarang.

"Dia hanya memberi fokus kepada kerja... ibu seorang yang kuat, dia tahu apa yang dia mahukan dalam hidup ini," katanya.

Menerusi laporan mStar pada Rabu, Azri memberitahu hubungannya bersama tunang iaitu Dr Azra sudah mula renggang selepas lebih setahun tidak berjumpa.

Azri juga mengakui dia kini sedang mengenali wanita lain untuk dijadikan calon pasangan hidup.

Pada 29 Jun lalu, Azri mendedahkan dia sudah bertunang dengan Azra di kediaman wanita itu di Kangar, Perlis.

Azrell gembira melihat Ellie bahagia dengan kehidupannya.

Azrell gembira melihat Ellie bahagia dengan kehidupannya.

Pasangan ini sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun lalu.

Untuk rekod, Azri atau Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar, 55, dan Ellie bercerai talak satu pada 17 Mei tahun lalu selepas 19 tahun hidup bersama.

Pasangan selebriti itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell, 19, dan Nur Azreen, 14.

Azri juga menerusi perkahwinan pertama mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31, Farah Qistana, 29, dan Nur Anis Mastura, 27.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan