suria

Fazura kering air mata lihat penderitaan anak-anak Gaza... Mimi Lana turun Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin bantah kezaliman Israel

Fazura dan Mimi Lana menunjukkan sokongan terhadap Palestin.

SIMPATI dengan nasib menimpa rakyat Palestin, dua pelakon popular iaitu Fazura dan Mimi Lana turut sama meluangkan masa menghadiri Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin bagi membantah kezaliman rejim Zionis.

Menerusi temu bual yang dimuat naik di Instastory, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 40, memberitahu sebagai seorang wanita yang bergelar ibu, dia tidak dapat menahan sebak apabila menonton video keganasan melibatkan kanak-kanak di negara berkenaan.

"Bagi saya yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, apabila menonton video yang melintas di media sosial memang tak sanggup saya nak tengok.

Fazura sedih melihat penderitaan dialami rakyat Palestin.

Fazura sedih melihat penderitaan dialami rakyat Palestin.

"Nak cakap fasal menangis tu memang dah habis menangis... ia sangat memberi kesan kepada kami.

"Memang sangat sedih, mungkin kita hanya dapat merasa secebis sahaja penderitaan mereka. Apa yang mereka rasa itu lebih berat lagi," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Mak bapak aku kau jangan main" - Meerqeen hilang sabar netizen kait ibu bapa, tak perlu canang usaha bantu Palestin

ARTIKEL BERKAITAN: Menghitung hari bahagia, Mimi Lana diraikan dalam 'bachelor party'... Fazura titip pesanan untuk sahabat baik

Dalam pada itu, pelakon filem Pisau Cukur itu juga menyeru agar orang ramai terus memberikan sumbangan dan berdoa buat saudara di negara berkenaan.

Yakin rakyat Palestin akan mencapai kemerdekaan tidak lama lagi, Fazura berkata setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah.

"Teruskan sokongan, doa dan juga sumbangan... teruskan usaha kita sebagai rakyat Malaysia untuk membantu saudara kita di Palestin.

"Sentiasa berfikiran positif kerana apa yang kita ucapkan dan kata-kata itu adalah doa... doakan Palestin akan pulih dan diselamatkan oleh Allah SWT.

"Semua yang berlaku ini Allah sudah izinkan, pasti ada hikmah dan pasti ada kemenangannya," ujarnya.

Sementara itu, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Roziana Zainal Abidin, 27, pula memaklumkan kehadirannya pada perhimpunan berkenaan adalah sebahagian daripada usahanya untuk menunjukkan tanda sokongan terhadap Palestin.

"Kita tidak dapat bantu banyak tetapi dengan perhimpunan ini merupakan sebahagian apa yang boleh kita tunjukkan sebagai sokongan kita kepada mereka," katanya.

Fazura dan Mimi antara selebriti yang hadir di Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin.

Fazura dan Mimi antara selebriti yang hadir di Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin.

Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin diadakan di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur pada Selasa.

Laungan takbir 'Allahuakbar' dan 'Israel Cuak' bergema di stadium yang dihadiri ribuan peserta menunjukkan betapa rakyat Malaysia bersatu hati menentang kekejaman tentera Israel ke atas Gaza.

Acara itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyaksikan peserta perhimpunan bebas membawa dan mengangkat sebarang jenis plakad termasuk menunjukkan kemarahan terhadap Israel.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain