suria

Fizi Ali kota janji bawa anak pergi ‘waterpark’, Ameena seronok sangat sampai tidur pun pegang tangan kakak tiri

Fizi sebak lihat anak-anaknya terlibat dalam salah faham netizen.

SETELAH dikatakan tidak jujur dengan memberi alasan lain untuk mengambil anak daripada bekas isteri, penyampai radio Fizi Ali akhirnya mengotakan janji membawa anaknya iaitu Ameena Sofia ke taman tema air.

Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin,36, beriadah di taman rekreasi itu bersama isteri Siti Zulaikha dan anak tirinya pada Selasa.

“Hari ini daddy dan mama bawa anak-anak pergi waterpark. Dari pagi sampai ke malam jalan.

Snapinsta.app_395826131_18390592318049935_8005250805920606203_n_1080

Fizi pergi ke taman tema air bersama isteri dan anak-anaknya.

“Penat mereka duduk main-main. Tidurlah sayang,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Bersama kapsyen tersebut, Fizi turut memuat naik gambar Ameena sedang tidur berpegangan tangan bersama kakak tirinya.

Dalam masa pada itu, Fizi turut memohon maaf kepada kedua-dua anaknya itu sekiranya ada kekurangan dilakukan olehnya sepanjang membesarkan mereka.

“Awak berdua tidak salah. Maafkan daddy dan mama kalau ada terkurang,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mulut anak kena tekup dalam foto nikah Fizi Ali, Shakilla Khoriri ada peringatan buat bekas suami - “Kalau Ameena disakiti berdepan dengan saya!”

ARTIKEL BERKAITAN: 2 tahun hidup menduda, Fizi Ali umum sudah kembali bergelar suami

Sebelum ini, pelakon Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 34, terkejut apabila menerima berita perkahwinan Fizi memandangkan dia baru bertemu dengan Fizi yang mahu mengambil anak mereka.

Shakilla berkata Fizi memberitahu mahu membawa Ameena ke taman tema air namun rupa-rupanya mengambil anak mereka untuk menghadiri majlis pernikahannya.

Katanya lagi, Fizi sepatutnya berterus-terang apabila dia menerima banyak pertanyaan tentang berita perkahwinannya.

Selain itu, Shakilla juga meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan anak perempuan isteri baharu bekas suaminya Fizi yang dilihat menekup mulut anaknya dalam foto perkahwinan mereka.

Shakillaa

Syakilla luah rasa kurang senang mulut anaknya ditekup.

Tambah Shakilla, dia ada bertanya perkara itu kepada Fizi namun masih belum mendapat sebarang balasan daripada penyampai radio tersebut.

Pada 23 Oktober, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan wanita pilihannya, Siti Zulaikha.

Untuk rekod, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018.

Namun pasangan itu bercerai pada Disember 2021.

Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama perempuan yang diberi nama Ameena Sofia, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain