suria

Ridhuan Tee tegur pengacara TV buat lawak bodoh atas pentas, terlalu nak menonjol sampai adab ke longkang

Ridhuan tegur sikap pengacara yang suka sentuh peribadi orang lain.

PENDAKWAH bebas Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee menegur tindakan segelintir pengacara yang dikatakan kurang beradab semasa mengendalikan sesebuah rancangan atau program televisyen.

Ridhuan atau Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 58, berkata seorang pengacara yang bijak sepatutnya tidak menggunakan lawak bodoh termasuklah menyentuh hal peribadi seseorang semasa mengacara.

Dalam hal ini, Ridhuan berpendapat stesen televisyen perlu memandang serius tingkah laku setiap pengacara kerana dibimbangi boleh menjadi contoh tidak baik kepada penonton.

120552900_3713201892076737_6401580447560611247_n

Ridhuan berpengalaman dalam pengacaraan sejak 1990.

"Sekarang ini ketara sangat, pengacara (host) televisyen atau program realiti televisyen, mahu sangat menonjol hingga adab ke longkang.

"Host atau sesiapa sahaja yang melibatkan diri dengan khalayak, sepatutnya terkenal dengan ilmu bukan dengan lawak bodoh dan cuitan bodoh. Saranan saya supaya host banyakkan membaca," katanya

Ridhuan berkongsi perkara itu di akaun Facebook miliknya susulan isu pengacaraan hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah tanggung dosa jika sakiti hati ibu... jumpa minta maaf, bersemuka adik-beradik selesai isu jual banglo

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya rasa nak muntah!”... Ridhuan Tee tegur video ‘Abang Tesla’, parodi minta izin isteri kahwin selepas solat persenda agama

Dalam pada itu, Ridhuan berkata tindakan memintas atau potong percakapan dan menyindir juri juga tidak sepatutnya dibuat oleh pengacara.

Dia yang miliki pengalaman dalam bidang pengacaraan sejak 1990 juga memberitahu persiapan ilmu adalah sesuatu yang sangat penting.

"Paling jelek apabila memotong juri ketika bercakap dan menyentuh peribadi mereka. Nak potong cakap boleh, tapi kena ada adabnya atau ada perkara mendesak yang penting ingin ketahui.

Elakkan lawak-lawak bodoh yang menyentuh peribadi orang.

MOHD RIDHUAN TEE

PENDAKWAH BEBAS

"Pengacara perlu buat persiapan dan kajian sikit, kalau pun tidak banyak. Elakkan lawak-lawak bodoh yang menyentuh peribadi orang. Perkara ini amat ketara dalam program realiti hari ini.

"Stesen TV memanglah nakkan semua ini, sebab dia mahu rating tapi masalahnya orang melihat kita (pengacara)," katanya lagi.

Berkongsi pandangannya lagi, Ridhuan meminta pengacara sentiasa bersedia dan penuhkan diri dengan ilmu supaya lebih yakin apabila berada di pentas.

"Selain itu, host juga diminta bercakap dengan artikulasi yang jelas, serta bahasa tubuh (gesture) yang baik. Perkara sebegini dapat memikat dan meyakinkan serta profesional di mata penonton.

111111

Ridhuan akui jenaka perlu dalam pengacaraan.

"Jika kita yakin diri dan berilmu, insyaAllah, selanjutnya kita dapat memandu program dan dapat menghidupkannya sesuai dengan program.

"Tidak dinafikan unsur jenaka ini penting, tetapi biarlah jenaka ada ilmu dan memberi impak. Perkara ini penting untuk menghindari program yang dipandu menjadi stres dan kaku.

"Pada masa sama, lihat juga siapa sasaran kita, agar jenaka kita dapat disampaikan dapat diterima dengan baik," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain