suria

Fasha Sandha sentiasa seksi di mata Aidil Aziz, tak peduli tuduhan netizen menumpang hasil isteri

Aidil lebih pentingkan kebahagiaan rumah tangga berbanding kata netizen.

PELAKON Aidil Aziz enggan mengambil pusing dengan kata-kata netizen mendakwa kononnya dia menumpang hasil titik peluh isteri iaitu aktres Fasha Sandha.

Dalam hal ini, Aidil atau Mohd Aidil Abdul Aziz, 36, berkata mereka sebagai pasangan suami isteri lebih mengutamakan kebahagiaan rumah tangga berbanding memikirkan kata-kata negatif netizen.

"Saya tak kisah orang nak cakap... yang penting walau apa pun dia adalah isteri saya dan saya adalah suami dia.

aidil1 - 1

Aidil enggan ambil pusing dengan kata-kata netizen.

"Kami nakkan kebahagiaan, jadi janganlah peduli apa orang nak cakap," katanya kepada mStar.

Aidil berkongsi perkara itu semasa ditemui di majlis Pelancaran dan Siaran Media: Unifi TV Originals - Nak Dengar Cerita Hantu? yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Isnin.

Dalam pada itu, Aidil memuji isterinya seorang pelakon yang komited serta sentiasa memberikan yang terbaik terhadap kerjaya seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha belum tutup ‘kilang’, rancang hamil tahun depan - "Aidil nak anak lelaki"

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi 'birthday' dengan Aidil, Fasha Sandha tak lupa bekas suami... Doa Jejai cepat dapat jodoh

Justeru itu, walaupun dia bergelar suami di rumah, namun dirinya tidak kekok untuk menuntut ilmu lakonan daripada Fasha.

"Dia memang seorang pelakon yang lebih senior daripada saya dan dia jauh lebih baik daripada saya dari segi kualiti lakonan dan juga komitmen.

"Saya sebagai suami dan juga pelakon banyak belajar daripada dia dan dia juga banyak memberi penerangan positif terhadap dunia lakonan," katanya lagi.

Aidil dituduh menggunakan duit isteri.

Aidil tidak kisah dengan penampilan Fasha.

Mengulas mengenai penampilan isterinya yang dilihat semakin seksi sejak kurus, Aidil berkata aktres berkenaan sentiasa seksi di matanya tanpa mengira bentuk badannya.

"Dia tak kurus pun dia seksi pada pandangan mata saya... saya tak tahu nak cakap macam mana bila orang kata itu ini.

"Bagi saya, isteri saya sentiasa seksi di mata saya. Saya tak pernah kisah dia berisi atau kurus, paling penting dia sihat," jelasnya.

Untuk rekod, Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 9 Mac 2019 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aisha Amaira yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain