SELEPAS melalui pelbagai episod membabitkan keluarga berhubung penjualan banglo milik Shila Amzah, adik kepada penyanyi itu iaitu Syada memberitahu dia kini dalam proses untuk berpindah keluar. Kata Syada atau Nursyuhada Amir Hamzah, 25, dia juga membuka tawaran kepada mana-mana pihak yang berminat untuk membela kucing milik keluarganya sebagai haiwan peliharaan. “Saya membuka untuk ambil kucing angkat hujung November ini. Sekarang masih sibuk pindah rumah. Syada membuka tawaran untuk memelihara kucingnya. “Siapa yang serius nak jaga boleh beritahu saya,” katanya menerusi Instastory pada Selasa. Dalam hantaran yang sama dia juga membuat penafian memiliki 50 ekor kucing di rumah berkenaan seperti yang hangat dikatakan sebelum ini. “Penafian... saya tidak memiliki 50 ekor kucing,” ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Syada Amzah sudah kerja sejak usia 13 tahun, mahu kongsi penyata bank tapi bimbang riyak ARTIKEL BERKAITAN: Syada Amzah gagal buat reviu produk, bayaran RM350 belum dipulangkan semula Isu rumah keluarga Shila mula timbul apabila dia bertindak menjual kediaman berkenaan yang dihuni oleh ibunya, Fauziah Sarman bersama tiga adik-beradik lain. Selain Syada, seorang adik Shila iaitu Syafiq mendakwa mereka dihalau kerana tidak mengetahui perancangan penyanyi. Kemelut keluarga Shila menjadi bualan hangat netizen. Dalam satu perkongsian di sesi siaran langsung laman sosial sebelum ini, Shila atau Nurshahila Amir Hamzah memberitahu rumah berkenaan terlalu besar untuk diuruskan selain penuh dengan kucing. Justeru Shila mengambil tindakan menjual kediaman berkenaan dan mahu mencari sebuah rumah baharu untuk ibu dan adik-adiknya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!