suria

[V] Zizi Kirana keguguran selepas dua bulan kahwin, sentiasa semak kitaran haid untuk kembali hamil

Zizi reda belum dikurniakan cahaya mata.

PENYANYI Zizi Kirana mendedahkan dia pernah mengalami keguguran pada Disember 2021 ketika usia kehamilan baru dua bulan.

Kata Zizi atau Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 38, ketika itu dia juga tidak menyedari dirinya sedang hamil dan massih sibuk dengan jadual kerja.

Berkongsi detik berkenaan dia memberitahu kandungan tersebut tidak dapat diselamat disebabkan mengandung di luar rahim.

zizi kirana 3

Zizi dan Yusuf sedia menimang cahaya mata.

"Ketika mula tahu hamil pun saya terkejut. Selepas buat lakukan ujian kehamilan saya buat temu janji doktor untuk kepastian. Sehari sebelum berjumpa doktor badan saya menggigil dan ada pendarahan.

"Kemudian apabila melakukan pemeriksaan, doktor beritahu kandungan tersebut tidak dapat diselamatkan kerana di luar rahim. Saya juga alami pendarahan teruk sehingga dua kali dimasukkkan ke dewan bedah," katanya kepada mStar.

Menurut isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin ini pada tempoh sebelum keguguran itu dia ada mengesyaki dirinya hamil kerana mengidam sesuatu berbeza.

ARTIKEL BERKAITAN: Sering ditanya mengenai anak, Zizi Kirana tetap sabar menanti... “Kita yakin rezeki akan tiba waktunya”

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu ikut emosi! Zizi Kirana tulis status tentang ‘curang’ tapi ramai salah faham... “Saya tweet itu sebab geram”

Reda dengan takdir yang telah tertulis buatnya, Zizi juga tidak dapat menggambarkan perasaannya ketika itu kerana dalam keadaan terkejut dan sakit.

"Saya tak boleh nak cakap perasaan saya. Terkejut sebab hamil, kemudian berlaku pendarahan dan selepas itu keguguran. Semua berlaku dengan pantas. Saya pula terpaksa tahan sakit sebab pendarahan.

"Awalnya ada juga rasa pelik sebab saya mula mengidam buah epal jenis Fuji. Saya tak mahu epal lain. Selain itu saya juga tidak boleh makan makanan berkuah.

Kalau nak fikir sedia atau tidak bergelar ibu bapa, kami pun tak tahu. Jadi kami serahkan kepada rezeki

ZIZI KIRANA

PENYANYI

"Belum rezeki saya untuk ada anak ketika itu. Sakit itu juga satu rezeki," ujarnya.

Dalam masa sama, Zizi memberitahu dia dan Yusuf sentiasa bersedia untuk menimang cahaya mata pada bila-bila masa.

Tambah Zizi kini dia cuba mengurangkan kesibukan kerja dan sentiasa memeriksa kitaran haid supaya kejadian sebelum ini tidak berulang.

zizi kirana 2

Zizi tidak sangka hamil selepas bernikah.

"Kalau nak fikir sedia atau tidak bergelar ibu bapa, kami pun tak tahu. Jadi kami serahkan kepada rezeki. Kalau ada kami terima dan pastinya sedia menimang cahaya mata.

"Sekarang ini saya cuba susun jadual kerja agar tidak terlalu padat. Doktor beritahu saya tidak ada masalah untuk hamil. Saya juga sentiasa semak kitaran haid," jelasnya.

Untuk rekod Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain