suria

Nadia Brian tak memilih, duda ada anak pun boleh jadi suami... Minta jujur status bimbang jadi penyondol

Nadia buka peluang pada duda dan bapa tunggal untuk berkenalan dengannya.

PELAKON Nadia Brian tidak menolak sekiranya dipertemukan jodoh dengan seorang lelaki yang sudah pernah berkahwin mahupun memiliki cahaya mata.

Nadia atau Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 32, bagaimanapun berkata dia mahukan yang bujang kerana enggan menjadi orang ketiga di dalam rumah tangga wanita lain.

"Kalau boleh nak yang memahami dan ada persefahaman, kalau boleh tak nak suami orang kerana saya tak nak jadi penyondol dan disondol.

348613228_18373033099032212_5573384759608539090_n

Nadia tidak mahu dekati suami orang.

"Saya tak nak timbul masalah dikemudian hari, saya nak dia jelaskan dulu status dia... bujang atau suami orang!

"Tapi saya tidak menolak sekiranya dia duda atau ada anak. Saya tidak memilih, janji ada persefahaman," katanya.

Berkongsi mengenai status dirinya, Nadia berkata hatinya masih belum dimiliki oleh mana-mana lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hey janganlah sombong” - Nadia Brian ditengking tolak pelawaan buat ‘content’ TikTok sebab nak ke tandas

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan hanya pandang seksi sahaja”... Kerap terima tawaran watak penggoda, Nadia Brian teringin cuba pelbagai karakter

Kata Nadia dia terlalu sibuk berkerja sehingga tiada masa untuk bertemu dengan mana-mana lelaki termasuklah kenalan.

"Tak adalah (Tidak serik berkahwin)... masih lagi mencari bukan memilih. Saya mungkin terlalu sibuk jadi sampai tak sempat nak dating atau berjumpa.

"Mungkin selepas selesai kerja atau tidak sibuk... InsyaAllah doakanlah saya berjumpa jodoh dengan baik," ujarnya.

347847491_18372083569032212_6928849244737151650_n

Nadia selesa berkawan dulu sebelum jalinkan hubungan.

Dalam pada itu, Nadia berkata dia tidak mahu memberi harapan kepada mana-mana lelaki yang cuba mendekati dirinya.

"Saya kalau berkawan dengan lelaki akan maklumkan yang kami sekadar berkawan sahaja. Takkan saya nak terus jalinkan hubungan. Saya pun tak nak hubungan yang lepas terjadi lagi.

"Saya akan pastikan kami akan berkawan dulu... kalau ada jodoh atau apa pun saya tak tahu tapi sekarang ini masih belum ada yang serius lagi," kongsinya.

Untuk rekod, Nadia pernah mendirikan rumah tangga dengan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 namun mereka bercerai pada April 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain