suria

[V] Renungan sebelum ‘pergi’ jadi kenangan isteri, serangan jantung punca kematian Badrul Muhayat

Norhayati reda dengan pemergian suami tercinta.

ISTERI kepada Badrul Muhayat menyifatkan Allahyarham sebagai seorang suami yang baik meskipun baru enam bulan berumah tangga.

Norhayati Zulkapli, 50, berkata dia sememangnya bahagia menjadi isteri Badrul memandangkan arwah sentiasa bijak mengambil hatinya.

"Saya terasa sangat kehilangan suami tercinta. Saya baru mengenali dia dalam masa 10 bulan dan mendirikan rumah tangga enam bulan. Terlalu singkat Allah pinjamkan dia pada saya.

"Dia merupakan suami yang baik... tak pernah marah saya dan selalu nak gembirakan saya," katanya.

11111

Badul dan Norhayati bernikah pada 18 April lalu.

Norhayati berkongsi perkara itu semasa ditemui di Masjid Al Hidayah Sentul pada pagi Ahad.

Menurut Norhayati, pada saat akhir suaminya dia sempat meminta melakukan urusan bank malah sering menatap wajahnya.

Katanya lagi, arwah juga sering bertanya mengenai perasaan sayangnya kepada dia.

"Malam macam biasa dia tak menunjukkan apa-apa pun. Bila pagi kira-kira 7.30 pagi, dia ada suruh saya buat urusan bank. Masa itu dia tak bangun sekadar duduk sebelum cakap nak tidur semula.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Badrul Muhayat meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Jeritan isteri Badrul Muhayat disangka pergaduhan, Aida Aris sempat berbual dengan Allahyarham selepas selesai berniaga

"Kali kedua saya kejut dia pada pukul 10.50 pagi untuk keluar makan tapi tak ada tindak balas.

"Saya goncang-goncang badan dia pun diam sahaja, saya angkat tangan dia pun dah terkulai. Dahi dia pun dah sejuk... cuma dada agak panas sikit.

"Saya panik terus jerit rakan-rakan yang dalam homestay sebelum hubungi ambulans," katanya lagi.

Norhayati memaklumkan kematian aktor berusia 55 tahun itu sebagai serangan jantung mengikut keputusan bedah siasat.

Terima kasih kepada Allah kerana pertemukan kami walaupun dalam waktu yang singkat.

NORHAYATI ZULKAPLI

ISTERI BADRUL MUHAYAT

Jelasnya arwah tidak mengalami sakit yang kronik melainkan diabetes namun penyakit itu semakin stabil.

"Dia ada kencing manis sejak tiga atau empat tahun lepas. Memang dia kurus waktu itu tapi bila dia dengan saya arwah sudah tak ambil gula dan penyakitnya stabil.

"Waktu itu dia kurus nampak macam berusia tapi sekarang dengan saya dia berisi semula... dia gembira dengan saya.

"Tapi saya reda dengan semua yang berlaku dan berterima kasih kepada Allah kerana pertemukan kami walaupun dalam waktu yang singkat," ujarnya.

bad

Badrul meninggal dunia di dalam tidur.

Sebelum ini ketika ditemu bual mStar, Badrul merancang untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan bersama isteri secara kecil-kecilan pada Disember ini.

Untuk rekod pasangan ini melangsungkan pernikahan pada 18 April lalu.

Tarikah pernikahan itu dipilih sempena memperingati ulang tahun kelahiran arwah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain