suria

[V] Anak sempat makan bersama sebelum ke Pulau Pinang, ibu lemah badan dapat berita kematian Badrul Muhayat

Anak dan ibu Badrul Muhayat

IBU kepada pelakon Badrul Muhayat lemah seluruh anggota badan saat dimaklumkan mengenai pemergian anak kesayangannya itu pada pagi Sabtu.

Datin Zaharah Othman, 75, berkata, meskipun sedih namun dia reda selain menyifatkan arwah sebagai seorang anak bertanggungjawab dan sentiasa mengambil berat tentangnya.

"Masa dapat tahu kaki saya lemah... Anak saya yang maklumkan tentang pemergian abangnya. Dia menangis dulu sebelum beritahu saya.

"Saya reda sebab dia hak Allah... Sebagai ibu saya hanya mampu menangis sebab arwah sangat baik.

bad

Badrul meninggal dunia dalam tidur di sebuah homestay di Pulau Pinang.

"Belum pernah dia marah atau menengking saya selain rajin menghubungi saya bertanya khabar," katanya kepada mStar.

Zaharah berkongsi perkara itu ketika ditemui di Masjid Al Hidayah Sentul pada pagi Ahad.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 9.35 pagi Ahad.

Dalam pada itu, Zaharah berkata, Badrul ada memaklumkan tentang rancangan mengadakan majlis kenduri perkahwinan dengan Norhayati Zulkapli pada Disember ini namun tidak kesampaian.

ARTIKEL BERKAITAN: Renungan sebelum ‘pergi’ jadi kenangan isteri, serangan jantung punca kematian Badrul Muhayat

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Badrul Muhayat meninggal dunia

"Dia ada beritahu saya nak adakan majlis resepsi tapi apa nak buat tak kesampaian," katanya.

Sementara itu, anak perempuan Allahyarham iaitu Nur Delisha, 16, memberitahu kali terakhir dia bertemu bapanya sebelum arwah berangkat ke Pulau Pinang untuk menyertai sebuah karnival jualan pada Jumaat.

Delisha berkata, dia terkejut apabila mendapat berita pemergian arwah memandangkan sempat berbalas mesej pada malam sebelum Badrul meninggal dunia.

"Terkejut sebab malam sebelum ayah pergi dia ada mesej beritahu nak masukkan topup, tapi tahu-tahu esoknya dia sudah tiada.

Saya reda sebab dia hak Allah... Sebagai ibu saya hanya mampu menangis sebab arwah sangat baik.

DATIN ZAHARAH OTHMAN

IBU BADRUL MUHAYAT

"Saya dapat tahu daripada sepupu... Mula-mula rasa tak percaya sebab baru kelmarin (Jumaat) kami berjumpa sebelum ayah berangkat ke Pulau Pinang.

"Dia sempat singgah ajak saya makan baru dia bertolak," kongsinya.

Bercerita mengenai Allahyarham, Delisha memberitahu setiap hari Badrul akan menelefon dia dan adiknya Badrul Hidayat, 13, untuk bertanya khabar.

Kongsinya lagi, Hidayat turut menangis di dalam bilik selepas menerima perkhabaran sedih itu.

e23532532

Perancangan Badrul mengadakan majlis resepsi pada Disember ini tidak kesampaian.

"Adik baru lepas main bola, bila dia diberitahu tentang ayah, dia macam tak percaya dan masuk bilik menangis," ujarnya.

Untuk rekod, Badrul pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali namun berakhir dengan penceraian sebelum berkahwin dengan Norhayati pada April lalu.

Pada pagi Sabtu, Badrul menghembuskan nafas terakhir ketika dalam tidur di sebuah homestay di Pulau Pinang.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian bekas peserta Hero Remaja 1990 itu disebabkan serangan jantung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain