SETIAP orang mempunyai cara tersendiri dalam menunjukkan solidariti terhadap umat Islam di Palestin susulan berdepan dengan kekejaman zionis Israel yang belum menunjukkan pengakhiran. Bagi pelakon Zul Yahya, dia juga mempunyai cara berlainan dalam mengungkapkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap saudara di bumi bergolak itu dengan memilih mengayuh basikal dari Ipoh ke Johor Bahru. Zul atau Zulkifli Yahya, 50, berkata, Kayuhan Insan yang dimulakan sejak 21 Oktober lalu dilakukan dengan tujuan mengutip dana untuk penduduk di Gaza. Zul meredah panas dan hujan lebat demi saudara di Palestin. Sudah berada di Melaka ketika ini, Zul berharap orang ramai turut menunjukkan sokongan terhadap Palestin yang sedang menjadi mangsa kekejaman Israel. "Usaha kecil ini bagi menaikkan semangat dan sokongan kita kepada rakyat Palestin... Saya juga membawa tabung sumbangan untuk sama-sama berkongsi rezeki kepada saudara kita di sana. "Ayuh! Kibarkan bendera Palestin di rumah dan premis anda sebagai tanda sokongan serta semangat kita kepada rakyat di sana," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Tular video Zul Yahya jalan seorang diri seperti berdepan masalah, isteri buka cerita ARTIKEL BERKAITAN: “Banyak kaki ampu, rasuah, fikir keuntungan peribadi” - Zul Yahya ajak pekerja belakang tabir tinggalkan industri, cari kerja lebih berkat Zul berkongsi perkara itu menerusi akuan TikTok miliknya yang turut memaparkan dirinya sedang mengayuh basikal menunuju ke destinasi serterusnya. Menerusi hantaran tersebut juga memaparkan Zul tidak mengalah dalam terus mengayuh basikal meskipun berdepan dengan hujan lebat. Dalam pada itu, Zul juga berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya. "Teruskan berdoa semoga setiap kebaikan kita diterima Allah SWT dan menjadikan kayuhan ini asbab orang lain memberi pertolongan kepada penduduk di Gaza," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!