suria

Cyst dalam rahim mengecut, Jasmin Hamid lega bebas kanser

Jasmin syukur kesihatannya menunjukkan perubahan positif.

PELAKON Jasmin Hamid mampu menarik nafas lega apabila dimaklumkan masalah cyst dihadapinya sebelum ini bukan kanser rahim.

Jasmin, 50, berkata, ketumbuhan yang terdapat pada bahagian rahimnya itu juga semakin mengecil malah doktor tidak menyarankan dia melakukan pembedahan membuang cyst.

"Saya mahu berkongsi dengan semua mengenai keputusan pembedahan perut saya baru-baru ini... Doktor maklumkan saya bebas kanser rahim.

"Doktor juga beritahu cyst pada bahagian sebelah kiri pun sudah hilang manakala sebelah kanan pun sudah mula mengecut.

Jasminn

Perubahan fizikal Jasmin sebelum ini disebabkan masalah cyst dan hormon tidak stabil.

"Doktor beritahu mungkin saya tak perlu buat pembedahan buang ketumbuhan itu," katanya.

Jasmin berkongsi khabar gembira itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada petang Ahad.

Bagaimanapun kata pelakon itu, dia masih perlu menjalani pemeriksaan secara berkala bagi memastikan cyst pada bahagian kanan rahimnya tidak kembali membesar.

ARTIKEL BERKAITAN: Jasmin Hamid jalani pembedahan di hari lahir, doa minta bebas kanser rahim... Tergores hati netizen kutuk fizikal makin berisi

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor kesan kelainan pada urat jantung Jasmin Hamid, berita baiknya sudah tidak lagi tersumbat

Tidak hanya itu, doktor turut memaklumkan tahap kesihatannya juga semakin menunjukkan peningkatan.

"Doktor beritahu kesihatan saya semakin pulih, saya sendiri tak tahu nak cakap macam mana sebab gembira apabila bebas daripada kanser rahim.

"Alhamdulillah ini semua dnegan izin dan rahmat Allah serta berkat doa keluarga, rakan-rakan serta semua yang sayangkan saya," ujarnya.

jasm

Jasmin lega bebas kanser rahim yang menjadi ketakutan golongan wanita.

September lalu Jasmin mendedahkan dia terpaksa menjalani pembedahan kecil pada ulang tahun kelahirannya.

Kata Jasmin, dia tergores hati dengan komen negatif netizen yang mengutuk perubahan fizikalnya tanpa mengetahui masalah kesihatan sedang dihadapinya.

Jelasnya, perubahan itu disebabkan masalah cyst dan hormon tidak teratur sehingga dia mengalami pendarahan pada rahim.

Tahun lalu, Jasmin mengalami serangan jantung dan ditempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU) namun tahap kesihatannya beransur pulih selepas mendapat rawatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain