suria

Astro Shaw sumbang RM1 ke tabung Palestin untuk setiap pembelian tiket filem ‘Gemencheh Boys’

Astro Shaw sumbang RM1 ke tabung Palestin untuk setiap pembelian tiket filem ‘Gemencheh Boys’

SEBAGAI tanda sokongan kepada rakyat Palestin, Astro Shaw mengumumkan akan menyalurkan RM1 dari setiap pembelian tiket filem Gemencheh Boys ke Akaun Amanah Kemanusian Rakyat Palestin bermula pada Isnin.

Penerbit Eksekutif Gemencheh Boys merangkap Naib Presiden Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata inisiatif sumbangan itu adalah tanda solidariti dan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin.

Tambahnya, pihak Astro Show berharap agar usaha yang ditunjukkan itu dapat mempamerkan kebersamaan seluruh masyarakat terhadap perjuangan Palestin.

Gemencheh Boy 2

Antara barisan pelakon Gemencheh Boys.

"Kami berharap pelaksanaan usaha ini dapat mempamerkan kebersamaan seluruh masyarakat terhadap perjuangan Palestin.

"Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang terkesan di bumi Gaza,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Untuk rekod, Gemencheh Boys terbitan Astro Shaw bersama GV Corporate Advisory dan SOL Pictures telah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei sejak 26 Oktober lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Filem ini agak ‘biadab’ in a good way...” - Gemencheh Boys buktikan pelajar sekarang terlalu manja!

ARTIKEL BERKAITAN: Seram! ‘Kutukan Sembilan Setan’ buat penonton tak senang duduk, rupanya kisah benar kejadian misteri di Gunung Bromo

Filem tersebut adalah sebuah kisah enam budak 'jahanam’ sewaktu zaman persekolahan.

Kenakalan mereka sering diperkatakan bukan sahaja di sekolah tetapi di kalangan penduduk kampung.

Demi menjadikan mereka manusia berguna, Cikgu Azman berusaha membimbing dan mendorong mereka menyertai pasukan kriket sekolah, sekaligus mengubah kehidupan mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain