suria

Puas tegur berlapik, Sharnaaz dah malas nak berbalah dengan Azhar Sulaiman... “Kau layanlah apa dalam kepala kau”

Sharnaaz enggan memanjangkan perbalahan bersama Azhar.

PELAKON Sharnaaz Ahmad enggan lagi memanjangkan perbalahan di antara dirinya dengan aktor Azhar Sulaiman berkenaan isu Palestin dan Israel.

Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, berkata dia memilih untuk tidak menghiraukan pandangan yang dilontarkan Azhar berkenaan konflik peperangan yang sedang melanda negara berkenaan.

Kata Sharnaaz, meskipun dia telah menegur Azhar secara berlapik, namun aktor berkenaan tetap berdegil dengan pendiriannya.

"Orang dah tegur cara habis berlapik, kalau tengok dah macam Usop Wilcha dah punya lembut. Tak! Tetap dia nak post juga.

Sharnaaz 1

Hantaran yang dimuat naik Sharnaaz dalam Insta Storynya.

"Lantak kaulah bang. Pendapat kau kan. Kau layanlah apa dalam kepala kau. Aku doakan kau enjoy dengan perhatian yang kau cari ni ya bang," katanya.

Sharnaaz meluahkan perkara itu dalam satu hantaran di Insta Storynya pada Isnin.

Dalam hantaran sama, Sharnaaz turut menitipkan pesan supaya orang ramai dapat terus memboikot setiap produk yang mempunyai kaitan dengan Israel.

"Yang mana dah beli, simpan dan makan bagi habis, jangan beli lagi selepas ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kali ini saya buat habis-habisan...” - Sharnaaz Ahmad minta semua bersatu, boikot produk dan perkhidmatan ada kaitan Israel

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad mahu ‘duku’ kepala The Rock, kenyataan tentang konflik Palestin-Israel membuta tuli

"Jangan bazir pula. Kali ini hidup keras sikit," ujarnya.

Sebelum ini, Azhar pernah memuat naik satu hantaran yang mempertikai strategi digunakan ketua pejuang Hamas di Palestin bagi menentang Israel.

Hantaran itu bagaimanapun mendapat kecaman teruk bukan sahaja daripada netizen, malahan juga rakan artis antaranya Sharnaaz.

Sharnaaz 2

Sharnaaz sebelum ini pernah membalas kenyataan Azhar yang mempersoalkan tindakan Hamas.

Menurut Sharnaaz, pendapat yang dibuat oleh Azhar itu menunjukkan seolah-olah dirinya tidak cerdik malah turut menyamakannya dengan ‘budak-budak TikTok’.

Sharnaaz turut mendedahkan bahawa dia sudah mula hilang rasa hormat terhadap pelakon seniornya itu.

Azhar kemudiannya memuat naik satu hantaran video di Instagram untuk menyatakan pendiriannya yang sebenar.

Menurut pelakon itu, dia memberikan sokongan terhadap Palestin bagaimanapun masih mempersoalkan tindakan Hamas yang menyerang Israel.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain