suria

[V] Tengah sibuk tumbuk sambal pun kena jawab isu Mawar Rashid buka tudung... Fazley Yaakob ulas spekulasi rumah tangga adik bergolak

Fazley tidak rimas jawab pertanyaan mengenai adik-adik.

PENYANYI dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menafikan desas-desus mendakwa rumah tangga adiknya iaitu Raf dan pelakon Mawar Rashid kini sedang bergolak.

Terkejut mendengar berita itu, Fazley atau Ahmad Fazley Yaakob, 45, memberitahu mereka sering berhubung dan adiknya itu tidak pernah menyebut mengenai perkara tersebut.

"Tak wujud pergolakan antara mereka. Saya rapat dengan Raf dan apa sahaja berlaku dia akan cerita kepada saya.

1222

"Saya baru berjumpa dengan Raf semalam (Ahad) dan dia mengaku kepada saya hubungan mereka baik-baik sahaja,” katanya kepda mStar.

Fazley ditemui ketika majlis santai bersama media di restoran miliknya Suka Sucre di Hotel Maya, Kuala Lumpur pada Isnin.

Sementara itu, berkongsi keadaan Mawar selepas kontroversi membuka tudung sebelum ini, Fazley berkata dia memberikan ruang kepada adik iparnya untuk melalui fasa bertenang.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob hormat keputusan adik ipar, yakin Mawar Rashid sudah fikir secara mendalam sebelum lepas tudung

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah cuba tapi gagal, Mawar Rashid kongsi foto tak lagi berhijab - “Saya minta maaf”

Malah, dia menolak dakwaan Mawar mengalami masalah depresi selepas isu itu hangat diperkatakan.

"Sejak isu itu timbul, saya tidak pernah berjumpa Mawar tetapi saya akan hubungi dia melalui Whatsapp. Saya cuba beri semangat kepadanya.

"Dia dalam keadaan baik. Raf juga maklumkan perkara sama kepada saya. Kita beri ruang dan doakan baik-baik untuk dia," ujarnya.

Gara-gara tindakan adik iparnya, Fazley mengakui turut terkena tempias apabila ramai bertanya mengenai perkara itu.

Mawar

Fazley (kanan) bersama Raf dan Mawar (kiri).

"Iya, ramai yang tanya saya... saya sibuk tumbuk sambal pun ada mesej masuk. Saya faham dan tidak pernah rimas.

"Soalan mereka itu tidak menghina. Mereka hanya prihatin. Sebagai abang long saya ambil tanggungjawab penuh.

"Cuma saya ambil prinsip lebih selesa berdiam dan berdoa dari jauh," jelasnya.

Pada 10 Oktober lalu, Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, mengejutkan banyak pihak apabila berkongsi foto tidak lagi berhijab.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain