PENYANYI Azharina mengakui tidak ambil hati dengan lawak dan usikan pengacara All Stars Gegar Vaganza (ASGV) iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Pernah menjadi mangsa body shaming pelawak berkenaan suatu ketika dahulu, Azharina, 38, berkata dia kini sudah memahami sikap dan cara gurauan mereka. "Dia nak cakap apa pun masuk kanan keluar kiri sebab nama dia Nabil. Dia pun dah memang macam itu. Hauk! Azharina minta netizen memahami sikap yang ada pada Nabil dan Jihan. "Dia sebenarnya baik orangnya tapi dia memang tak ada censored filter dan censored pintar macam iPhone jadi kita reda sahaja," katanya kepada mStar. Azharina berkata demikian selepas konsert minggu keenam ASGV yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad. Dalam pada itu, Azharina berkata tiada keperluan untuk mana-mana peserta berasa sentap atau ambil hati dengan gurauan pelawak berkenaan kerana dibimbangi boleh memberikan kesan terhadap diri sendiri. "Kalau kita simpan benda itu akan meracun kita dan tidak mendatangkan hasil sebab dia seorang pelawak. ARTIKEL BERKAITAN: Kedudukan selesa dan disukai barisan juri, Hady Mirza jawab tuduhan anak emas Ramli MS ARTIKEL BERKAITAN: [V] Persembahan dapat kritikan, Azharina menangis minta maaf pada guru - “Saya tak mahu jadi penyanyi bodoh” "Tapi Nabil dengan Jihan dia memang macam itu, mereka memang mengkeji antara satu sama lain. "Tak payah nak cepat sentap, buang masa sebab minggu depan dia akan buat semula," ujarnya. Mengulas mengenai persembahannya di pentas di All Stars Gegar Vaganza, Azharina memaklumkan dia sekadar untuk berseronok memandangkan jarang mendapat lagu rancak. Aksi tendang juri sekadar mahu berseronok di atas pentas. Malah, aksi tendangan yang ditunjukkan pada akhir persembahan bukan berniat untuk bersikap biadap terhadap juri sebaliknya sekadar memeriahkan suasana. "Mengenai tendangan pada akhir nyanyian itu saya memang nak buat kejutan kepada semua... Beberapa minggu sebelum ini saya banyak ikut cadangan orang tapi minggu ini saya tidak mahu. "Pengakhiran itu memang saya simpan, saya kan belajar Muay Thai dan boxing jadi saya suka keganasan itu. Sebab selama ini saya tunjuk sisi saya yang lembut dan baik hati, jadi orang tidak nampak yang saya ini Power Puff Girls. "Saya memang nak buat benda itu. Saya dah belajar semua itu jadi bila lagi saya nak tunjuk pada orang," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!