suria

Adira tak pernah bawa suami ke mana-mana acara hiburan, suami datang Famili Duo sebab anak

Datuk Red (kiri) hadir pada konsert minggu ketiga FD3 yang berlangsung pada malam Ahad.

PENYANYI Adira menjelaskan kehadiran suami iaitu Datuk Seri Adnan Abu ke konsert Famili Duo musim ketiga (FD3) adalah atas keleraan sendiri dan bukan dia memintanya hadir.

Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, berkata, suaminya itu mahu datang kerana mahu melihat anak perempuan mereka iaitu Anggerik yang turut terlibat dalam persembahannya pada malam Ahad.

"Saya sebenarnya tak ajak tapi suami nak datang tengok Anggrek buat persembahan.

"Selalunya memang saya tak pernah bawa suami ke mana-mana persembahan saya tetapi sebab Anggerik terlibat jadi dia mahu datang beri sokongan.

adira2 - 1

Anggrek (belakang) tampil pada persembahan Adira dan Emma.

"Alhamdulillah rezeki anak agaknya, kami menjadi juara minggu ini," katanya kepada mStar.

Adira berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media program FD3 yang diadakan di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam pada malam Ahad.

Menampilkan lagu medley Tiada Tangis Lagi (Ella) dan Hukum Karma (Wings), Adira dan adiknya Emma Suhaimi membawakan konsep persembahan yang disifatkan luar kotak oleh juri tetap penyanyi dan komposer Ajai.

ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan dapat pujian Ajai, Adira dan Emma Suhaimi juara minggu ketiga Famili Duo 3

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red hadir sokong Adira di Famili Duo 3 undang perhatian, lenyapkan spekulasi rumah tangga berantakan

Ajai turut memuji persembahan keseluruhan Adira dan Emma yang turut diselitkan mesej kepada penonton.

Dalam pada itu, Emma, 34, berkata, idea persembahan mereka minggu ini adalah buah fikiran daripada Adira sendiri disebabkan kelebihannya sering bermain TikTok.

"Idea persembahan minggu ini datang dari Adira kerana dia sekarang rajin bermain TikTok.

Saya sebenarnya tak ajak tapi suami nak datang tengok Anggerik buat persembahan.

ADIRA SUHAIMI

PENYANYI

"Adira cakap kenapa tidak kita bawa konsep TikTok itu di atas pentas... jadi dia cadangkan untuk buat persembahan konsep berjiran," jelasnya.

Tambah Emma lagi, setiap kritikan yang diberikan oleh juri sebelum ini diambil serius bagi proses penambahbaikan dan mereka juga tidak segan untuk saling bertukar pendapat.

"Alhamdulillah kami bersyukur atas kemenangan ini kerana dua minggu sebelum ini agak sukar juga bagi kami untuk memahami konsep Famili Duo ini.

adira1 - 1

Persembahan Emma (kiri) dan Adira (kanan) berjaya memukau hati juri.

"Kami ini penyanyi dan tidak pernah terlibat dalam sebarang program lawak atau lakonan... tetapi setiap daripada kritikan yang kami dapat sebelum ini kami ambil maklum.

"Kami tidak malu untuk bertanya kepada orang yang lebih faham konsep program ini... malah kami juga tidak segan meminta pendapat peserta yang lain," katanya.

Untuk rekod, FD3 bersiaran setiap Ahad, pada pukul 9 malam di TV3 dan Tonton.

Selain Adira, ia turut menampilkan lima pasangan duo lain iaitu Shila Amzah dan Amir Syahir, Ryan dan Adam Bakery, Syarif dan Syaiful, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran serta Fuad Rahman dan Tom.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain