suria

Penantian peminat berakhir, Liza Hanim umum konsert solo rai perjalanan 27 tahun sebagai penyanyi

Liza Hanim bakal beraksi di Zepp KL pada 4 Februari tahun depan.

PENYANYI Liza Hanim membuat kejutan apabila mengumumkan penganjuran konsert solo pertamanya yang bakal diadakan pad 4 Februari tahun depan.

Liza atau Haliza Hanim Abdul Halim, 43, berkata, konsert istimewa itu diadakan bersempena meraikan penglibatannya dalam bidang muzik selama 27 tahun yang mempunyai pelbagai kisah tersendiri ingin dikongsi bersama peminat.

Berikrar untuk tidak mahu mengecewakan temu janji perdana bersama peminat lewat Liza Hanim 27 Years Journey In Concert, Liza sudah merencana untaian hit yang akan didendangkan lalu disambut nyanyi dan penuh sorak sorai pada malam penuh bermakna itu.

“Tentulah saya sangat teruja untuk mengadakan konsert setelah 27 tahun berkelana dalam dunia seni nyanyian.

LH2

Tiket dijual dengan harga serendah RM228.

“Lebih mengujakan selain akan mendendangkan lagu-lagu popular dan malar segar dahulu, saya akan membawakan single terbaru yang dihasilkan oleh komposer hebat, Ajai iaitu Mengertilah,” ujarnya.

Tambah Liza Hanim apa yang lebih penting adalah momen pertemuan penuh makna bersama peminat selepas 27 tahun bergelar penghibur yang bakal dicipta kelak.

“Liza Hanim 27 Years Journey In Concert bukan sekadar tentang saya akan mendendangkan lagu-lagu layaknya sebuah konsert.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Produksi tiada jawapan hantaran Elly Mazlein sindir siapa, sentiasa alu-alukan kembali ke pentas ASGV

ARTIKEL BERKAITAN: Berdepan masalah tempo dan tak cukup nafas, Ayai Ilusi tersingkir ASGV minggu kelima

“Tetapi adalah tentang pertemuan intim saya bersama peminat setia sejak 27 tahun ini serta berkenalan dengan peminat baharu yang baru mengenal Liza Hanim lewat single atau pembabitan saya dalam beberapa program seperti Gegar Vaganza.

“Inilah momen yang saya tunggu sebagai lambang apresiasi kepada semua yang tak jemu menghargai dan menyokong karier seni saya,” ujar Liza Hanim.

Liza Hanim 27 Years Journey In Concert akan berlangsung di Zepp KL pada pukul 8.30 malam.

Konsert itu dibawakan oleh LH Media SB dengan penganjur bersama Laugh Out Loud Entertainment.

553

Liza teruja bakal menghiburkan peminat dalam sebuah konsert.

Memulakan karier dengan muncul menjadi finalis pertandingan Golden Teen Search oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), bakat besar yang ada dalam darah Liza membuat pemilik Vokal Terbaik Juara Lagu 2003 ini menjadi salah seorang penyanyi wanita disegani kini.

Buktinya, Liza yang menyertai Gegar Vaganza musim empat kembali mempamer kredibiliti lewat penyertaan dalam program realiti sama untuk musim ke-10 iaitu Gegar Vaganza All Stars — yang disertai bersama mantan-mantan juara Gegar Vaganza.

Sudah memiliki tujuh album penuh, kejayaan demi kejayaan seperti Juara Bintang Penghibur RTM 1999, Naib Juara di Festival Muzik Shanghai, China (2000) dan Persembahan Vokal Duo/ Kolaborasi Terbaik AIM 2022, nama Liza Hanim juga sering digunakan sebagai rujukan penyanyi wanita yang mempunyai kualiti vokal terbaik di tanah air.

Tiket-tiket berharga RM228 (CAT 3), RM288 (CAT 2), RM358 (CAT 5), RM388 (CAT 1), RM398 (CAT 4), RM8,000 (VIP BOX) dan RM189 (MEET & GREET) boleh dibeli menerusi My Ticket Empire.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain