suria

Persembahan dapat pujian Ajai, Adira dan Emma Suhaimi juara minggu ketiga Famili Duo 3

Adira dan Emma juara minggu ketiga Famili Duo musim ketiga.

PERSEMBAHAN luar kotak pasangan adik-beradik Adira dan Emma Suhaimi berjaya menjadikan mereka juara mingguan program Famili Duo musim ketiga (FD3) yang berlangsung pada malam Ahad.

Kemenangan itu membolehkan pasangan duo itu membawa pulang hadiah mingguan sebanyak RM10,000 selepas mendapat markah sebanyak 62.9 peratus.

Adira dan Emma menyanyikan lagu medley Tiada Tangis Lagi (Ella) dan Hukum Karma (Wings) berjaya mencuri hati juri apabila merasakan persembahan mereka luar biasa dengan bertemakan konsep rock pada minggu ini.

Juri tetap Ajai memuji persembahan keseluruhan Adira dan Emma yang disifatkan lain daripada lain.

WhatsApp Image 2023-10-29 at 11.12.30 PM

Adira dan Emma bersama semua peserta Famili Duo yang lain.

Kata Ajai, dia tidak terfikir adik-beradik tersebut dalam menghasilkan persembahan luar biasa yang turut diselitkan mesej kepada penonton.

“Idea yang saya tak pernah terfikir. Tak semestinya tema rock kena pakai rock.

“Saya tak sangka kami boleh fikirkan ia boleh jadi satu persembahan. Ia juga dapat menyampaikan mesej kepada penonton.

ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan dapat pujian Ajai, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran juara minggu kedua Famili Duo 3

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red hadir sokong Adira di Famili Duo 3 undang perhatian, lenyapkan spekulasi rumah tangga berantakan

“Sangat jelas mudah untuk orang faham. Paling penting saya tak pernah lagi lihat persembahan seperti ini,” katanya.

Ajai memberi 10 markah penuh kepada pasangan itu manakala sembilan daripada Mas Idayu.

Sementara itu, Sharif dan Syaiful berjaya mendapat tempat kedua dengan markah sebanyak 60.9 peratus.

Tempat ketiga milik Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (55.5 peratus), Tom dan Fuad di kedudukan keempat (45 peratus).

Manakala tempat kelima milik Ryan dan Adam memperoleh markah sebanyak 43.3 peratus dan terakhir Shila Amzah dan Amir Syahir (42.5 peratus).

Susulan kemenangan itu, Adira dan Emma diberi kelebihan untuk memilih tema lagu pertandingan minggu hadapan mereka memilih genre dangdut dan hindustan.

FD3 bersiaran langsung setiap hari Ahad, pukul 9 malam di TV3 dan aplikasi Tonton.

Finalis akhir FD3 berpeluang merebut hadiah wang tunai utama sebanyak RM100,000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain