KAKAK kepada Syifa Melvin menyifatkan kegemaran pelakon dan pempengaruh media sosial itu memakai pembayang mata berwarna hijau metalik diumpamakan seperti lalat. Syafiqa atau Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 34, mendedahkan adik perempuan kesayangannya itu turut mahu menggunakan rona sama ketika majlis persandingannya dengan pemain bola sepak Safawi Rashid pada November tahun lalu. Jelasnya, sehingga ke hari ini dia tidak memahami obsesi Syifa terhadap pembayang mata berwarna hijau yang kelihatan seperti punggung lalat. "Saya tak faham kenapa dia suka sangat warna hijau... Sebenarnya masa dia nak kahwin dan rancang nak pakai pembayang mata warna hijau! Empat adik-beradik ini cukup gemar mengusik antara satu sama lain. "Dia kata nak pakai eye shadow macam lalat punya 'pungkok' (punggung), dia nak pakai juga warna hijau metalik itu," katanya. Syafiq berkongsi perkara pelik tentang Syifa itu menerusi siaran langsung yang dibuat di TikTok. Dalam pada itu, seorang lagi kakaknya iaitu Syatilla Melvin pula kelihatan terkejut apabila melihat pembayang mata Syifa ketika muncul dalam panggilan video. Usik Syatilla, 32, mungkin disebabkan pembayang mata itu membuatkan Safawi jatuh hati kepada adik bongsunya itu. ARTIKEL BERKAITAN: Syifa Melvin dan Safawi Rashid timang bayi lelaki, pilih nama Saif Sulaiman ARTIKEL BERKAITAN: Syifa Melvin, Safawi Rashid bakal timang anak lelaki... aksi Syatilla melompat pula bikin kecoh “Semalam siapa tengok dia (Syifa) buat live? Dia macam lalat sampah. Dia buat eye shadow dekat mata dia... Dia facetime saya, lepas tu saya tanya kenapa macam lalat sampah? “Mungkin itu yang boleh buat Mawi (Safawi) pandang dia kot... Pandang yang berasa (ada hati),” ujarnya. Sebelum itu, Syifa melakukan sesi siaran langsung di TikTok miliknya menunjukkan dia sedang mendukung cahaya mata pertama iaitu Saif Sulaiman. Syifa sempat menunjukkan rahang atau jawline Saif yang sebelum ini mendapat perhatian ramai. Syifa dan Safawi berkahwin pada November tahun lalu. Menjengah di ruangan komen, seorang netizen tertarik dengan pembayang mata berwarna hijau yang digunakan oleh aktres berkenaan. Dengan spontan Syifa tertawa dengan kenyataan itu dan memberitahu ia seperti warna lalat sampah. Untuk rekod, Syifa atau Nur Syifa Atirah Amirol Melvin, 29, mendirikan rumah tangga dengan Safawi, 26, pada 28 November tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup di Kuala Lumpur. Syifa kemudiannya selamat melahirkan cahaya mata mereka pada 30 September lalu di sebuah hospital swasta di Johor Bahru. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!