suria

Kurang stamina dan isu pernafasan, Zamani peserta keenam tersingkir All Stars Gegar Vaganza

Zamani tersingkir pada minggu keenam pertandingan All Stars Gegar Vaganza.

PENYANYI Zamani terpaksa berlapang dada apabila diumumkan sebagai peserta keenam tersingkir dalam All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang berlangsung pada malam Ahad.

Zamani yang mempertaruhkan lagu Kau Pergi Jua nyanyian asal Adam Ahmad hanya mendapat markah sebanyak 56.50 peratus daripada barisan juri profesional.

Juri Datuk Syafinaz Selamat berkata, persembahan Zamani kurang bertenaga dan dilihat mengalami kesukaran dalam nyanyiannya.

"Suara awak adalah keistimewaan awak, tak perlu nak tukar lagi. Cuma awak macam ada kesukaran menyanyi malam ini.

553

Liza Hanim menduduki tangga teratas minggu ini.

"Ini termasuk isu pernafasan, kita nampak awak macam ada masalah stamina. Awak perlukan lebih banyak tenaga," katanya.

Pada pertandingan minggu keenam ini, Liza Hanim muncul juara dengan markah sebanyak 76.75 diikuti Hardy Mirza (76.50) dan Azharina (75.25).

Dalam pada itu, Hardy Mirza diumumkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak mengikut undian penonton.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ku Mohon’ doa buat bumi bergolak, pembukaan All Stars Gegar Vaganza minggu kelima dedikasi buat Palestin

ARTIKEL BERKAITAN: Kualiti persembahan teruk, konsert pertama All Stars Gegar Vaganza tak capai KPI - Ramli MS

Anugerah Gegeran Generasi Juara pula milik Naqiu yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1, 000.

ASGV dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse manakala Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang sebagai juri tetap.

ASGV boleh ditonton menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap Ahad, pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain