suria

“Sebelum masuk Famili Duo lagi dia minat”... Ariff Bahran tak kecil hati Mas Idayu asyik puji persembahan Haqiem Rusli

Haqiem sering kali mendapat perhatian daripada juri Mas Idayu.

KOMEN juri tetap Mas Idayu yang dilihat lebih memuji persembahan Haqiem Rusli di pentas Famili Duo 3 (FD3) sama sekali tidak membuatkan duonya iaitu Ariff Bahran berasa kecil hati.

Kata Ariff atau Muhammad Ariff Bahrain Ahmad Azhari, 25, dia gembira dengan pujian yang diberikan itu dan bangga apabila Haqiem menjadi salah seorang peserta yang digemari juri.

"Saya tidak terasa langsung dengan mummy (panggilan Mas Idayu), sebenarnya saya okay saja sebab terpulang kepada juri untuk menilai.

Ariff dan Haqiem dikatakan mempunyai vokal terbaik.

Ariff dan Haqiem dikatakan mempunyai vokal terbaik.

"Sebelum masuk Famili Duo lagi memang dia (Mas) sudah minat Haqiem... nak buat macam mana tapi mungkin ia satu kelebihan untuk saya juga.

"Tapi jujurnya saya memang tak terasa langsung dan saya bangga dengan Haqiem," katanya kepada mStar.

Ariff berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media program FD3 yang diadakan di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam, Selangor pada malam Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Lancar lagu orang tak peduli, Ariff Bahran pelik buat ‘content’ bodoh campak duit lagi dapat publisiti

ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan dapat pujian Ajai, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran juara minggu kedua Famili Duo

Sementara itu, Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, 26, pula menganggap pujian diberikan juri itu merupakan satu tekanan buat dirinya untuk memberikan persembahan lebih baik untuk berikutnya.

Malah, dia tidak pernah menganggap Mas atau Mas Idayu Mesnun, 51, membandingkan bakat mereka dan mengambil setiap teguran yang diberi sebagai satu pembelajaran.

"Pujian yang diberikan mummy itu mungkin satu tekanan juga buat saya kerana mereka mengharapkan kami membuat persembahan konsisten setiap minggu.

"Bagi saya mummy tidak pernah membandingkan kami... apa yang dia tegur adalah untuk Bahran belajar dan sebagai juri dia perlu menegur kesalahan kami,” jelasnya.

Saya ambil pengalaman Famili Duo ini sebagai platform untuk menambah lagi kreativit.

ARIFF BAHRAN

PENYANYI

Tambah Haqiem lagi, program berkenaan merupakan platform untuk mereka menimba pengalaman selain mampu melakukan persembahan lebih kreatif.

"Sebelum ini kami tidak pernah membuat persembahan yang mempunyai konsep, biasanya pergi show menyanyi lagu masing-masing.

"Saya ambil pengalaman Famili Duo ini sebagai platform untuk menambah lagi kreativiti dalam persembahan," katanya.

Minggu ketiga, duo ini menyampaikan lagu medley Kamelia (Sweet Charity) dan Cindai (Datuk Seri Siti Nurhaliza) dan menerima pujian juri.

Persembahan Ariff dan Haqiem mencuit hati penonton.

Persembahan Ariff dan Haqiem mencuit hati penonton.

Menurut Mas pasangan duo ini bijak melakukan sketsa menghiburkan selain menjadi peserta yang mempunyai vokal terbaik .

"Persembahan ini ada lucunya, saya rasa dalam semua peserta Famili Duo kamu mempunyai kebersamaan vokal terbaik.

"Secara keseluruhannya saya sangat suka persembahan kamu," ujarnya.

Selain Haqiem dan Ariff, FD3 turut menampilkan lima pasangan duo lain iaitu Adira Suhaimi dan Ema Suhaimi, Ryan dan Adam Bakery, Syarif dan Syaiful, Shila Amzah dan Amir Syahir serta Fuad Rahman dan Tom.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain