KETUA juri All Stars Gegar Vaganza (ASV) Datuk Ramli MS menjelaskan tidak wujud istilah anak emas dalam kalangan peserta program berkenaan. Ramli atau Ramli Mohd Salleh, 64, sebaliknya berkata, dia bersama dua juri lain iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang begitu teliti dalam penilaian terhadap persembahan peserta dan hanya mengekalkan mereka yang terbaik. Malah Ramli turut menyangkal dakwaan kononnya dua peserta asal Singapura iaitu Hady Mirza dan Aliff Aziz adalah kegemarannya. "Orang kata Aliff Aziz anak emas, kalau tiada Zamani dia dah angkat 'beg'. Sekarang dia dekat bawah. Malam ini Hardy sangat bagus. Tok Ram layan peserta ASGV sama rata. "Persembahan dia susah nak buat, menyanyi sambil ada koreografi... Dia layak dan perkara itu dipersetujui oleh semua barisan juri profesional. "Tiada istilah anak emas, siapa tak komited dia duduk bawah. Kalau layak kami bagi (markah tinggi)," katanya kepada mStar. Ramli atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ram menjelaskan perkara itu menerusi sidang media selepas konsert minggu keenam ASGV yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Marah tak lama... Boss Susu ikhlas tegur produksi All Stars Gegar Vaganza, umpama nasihat bapa kepada anak ARTIKEL BERKAITAN: Kena perah ‘nenen’ lembu nak bayar Astro juta-juta... Boss Susu kesal produksi All Star Gegar Vaganza buat kerja lewa iklan produk Mengulas mengenai persembahan Liza Hanim yang berjaya mengekalkan kedudukan pertama dua minggu berturut-turut, Ramli memaklumkan dia berpuas hati dengan penyanyi tersebut. Kata Ramli terdapat banyak faktor menjadi punca seorang peserta itu terkeluar terutama dalam teknik nyanyian yang dipersembahkan. Malah dia juga berpendapat penyanyi dahulu dan sekarang juga memiliki persediaan yang berbeza sehingga mampu membuatkan mereka mampu bertahan dalam sebuah pertandingan. Tiada istilah anak emas, siapa tak komited dia duduk bawah. Kalau layak kami bagi (markah tinggi). DATUK RAMLI MS KETUA JURI ALL STAR GEGAR VAGANZA Tiga minit itu sekejap tapi dekat atas pentas macam 'neraka'... Dengan nak hafal lirik, kawal ketakutan semua. "Ada juga faktor dari segi nyanyian sangat berlainan berbanding dulu dan sekarang. Orang sekarang banyak menyanyi ada bantuan guru vokal dan teknik lebih baik. "Orang dulu kalau dia menyanyi macam itu sahaja. Jadi bila kena lagu yang perlukan teknik, mereka tiada perkara itu. Juri sepakar dalam membuat keputusan. "Bagi saya tidak mengapa, tapi bila tidak boleh sampai tiada jiwa dan mendatar. Jadi juri sepakat untuk singkirkan yang banyak buat kesalahan," jelasnya. Sementara itu, Ramli memberitahu dia tidak berasa gentar dengan kecaman peminat yang mengkritik cara penjurian dibuat. "Nak takut peminat? Saya ada suruh mereka diam semasa mahu beri komen. Jadi saya tak kisah sebab haters ini apa mereka kata masuk telinga kanan keluar telinga kiri," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!