PELAKON Datin Elvina Mohamad menyelar tindakan seorang pengguna media sosial yang secara terbuka mengkritik dan memintanya tidak lagi menggunakan nama bapa iaitu 'Mohamad'. Berang dengan komen tersebut, Elvina atau Norzalina Mohamad, 28, turut beranggapan kata-kata netizen itu adalah satu tindakan yang kurang bijak. "Awak bodoh atau berlagak bodoh. Hanya kerana saya pakai hooded gown, saya kena buang nama bapa? Elvina berkongsi profil pengguna media sosial yang menegur dirinya. "Adakah semua wanita Muslim kena buang nama bapa hanya kerana berpakaian kurang sopan? Komen itu jangan nampak bodoh sangat," katanya Elvina menulis perkara tersebut di Instastory miliknya pada Ahad berserta gambar profil lelaki berkenaan yang kini sudah diletakkan dalam mode private. Lelaki tersebut sebelum itu meninggalkan komen kecaman terhadap pemakaian Elvina yang dilihat kurang sopan ketika hadir dalam sebuah acara baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas empat tahun dapat Karl Mateen, Elvina Mohamad umum hamil anak kedua ARTIKEL BERKAITAN: Tayang paha di KLFW2022, Elvina Mohamad mengaku silap pakai baju seksi... “Minta maaf, tidak semua orang boleh terima” "Kalau nak jadi netizen kenalah kental. Baru kena sikit dah private akaun. "Bila artis off comment, kata takut dengan netizen. Ini pula macam mana? Netizen takut dengan artis? Bila diam makin melampau," tegasnya. Elvina sebelum ini menerima banyak kecaman gara-gara memakai busana fesyen hooded gown yang dianggap netizen sengaja mempersendakan penampilan wanita Muslim. Gaya Elvina yang mendapat kecaman netizen. Tidak mengulas mengenai tindakannya itu, Elvina hanya bersetuju dengan komen pengikut yang faham akan konsep baju tersebut. "Terima kasih ada yang nak tolong jelaskan kepada netizen," ujarnya ringkas. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!