suria

Dua kali menang duo terbaik! Haqiem Rusli, Ariff Bahran juara minggu keempat FD3… Juri puji persembahan konsisten, kreatif

Haqiem dan Ariff terus tunjukkan persembahan yang memikat hati juri.

PASANGAN sepupu Haqiem Rusli dan Ariff Bahran sekali lagi berjaya menjadi juara mingguan Famili Duo musim ketiga (FD3) yang berlangsung di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam, Selangor pada malam Ahad.

Haqiem dan Ariff memperoleh markah sebanyak 62.5 peratus sekali gus membawa pulang hadiah mingguan wang tunai sebanyak RM10,000.

Pasangan duo itu menyanyikan lagu medley Janam Janam, Goyang Inul dan 100 persen berjaya mencuri hati juri dengan sebuah persembahan kreatif dan menghiburkan.

Haqiem

Haqiem dan Ariff sekali lagi jadi juara mingguan FD3.

Juri tetap Mas Idayu kali ini memuji persembahan keseluruhan Haqiem serta Ariff dan menyifatkan mereka antara peserta paling konsisten setiap minggu.

“Bila saya tengok hari ini Haqiem dan Ariff kali ni dua-dua saya pandang.

“Saya tak sangka rupanya otak awak luas sebab sebelum ini saya ingatkan awak hanya boleh menyanyi.

“Saya tak sangka dengan idea-idea yang awak bawa. Haqiem pun boleh menyanyi dangdut. Nanti duet dengan saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Adira dan Emma Suhaimi ‘auto’ menggigil tengok juri Famili Duo 3, perhati muka Mas Idayu senyum atau tidak

ARTIKEL BERKAITAN: "Sebelum masuk Famili Duo lagi dia minat"... Ariff Bahran tak kecil hati Mas Idayu asyik puji persembahan Haqiem Rusli

“Saya tak nak cari keseluruhan persembahan awak paling konsisten,” katanya.

Dalam pada itu, Haqiem dan Ariff juga merupkan peserta pertama yang mendapat markah perfect 10 daripada kedua-dua juri.

Sementara itu, Sharif dan Syaiful berjaya mendapat tempat kedua dengan markah sebanyak 56.7 peratus.

Tempat ketiga milik Ryan dan Adam Bakery (52.8), dan kedudukan keempat ialah Tom dan Fuad (47.5).

WhatsApp Image 2023-11-05 at 23.04.25

Peserta Famili Duo bersama juri tetap iaitu Mas Idayu dan Ajai.

Manakala, tempat kelima Shila Amzah dan Amir Syahir (45.1) dan Adira dan Emma Suhaimi berada di tempat keenam dengan markah 47.1 peratus.

Susulan kemenangan Haqiem dan Ariff, pasangan duo itu memilih Idola/Lagenda sebagai tema persembahan pada minggu kelima.

FD3 bersiaran langsung setiap hari Ahad, pukul 9 malam di TV3 dan aplikasi Tonton.

Konsert minggu ketiga FD3 turut dimeriahkan dengan kehadiran pelakon Ruhainies, Nadia Brian, serta peserta alumni Famili Duo Ara Johari, Shaffiq Erwin dan Fyna Jebat.

Finalis akhir FD3 berpeluang merebut hadiah wang tunai utama sebanyak RM100,000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain