suria

Persembahan tiada yang istimewa, kucar-kacir... Ezad Lazim tersingkir minggu ketujuh All Stars Gegar Vaganza

Ezad akur dengan keputusan juri tetap ASGV.

KONSERT minggu ketujuh All Stars Gegar Vaganza (ASGV) menyaksikan penyanyi Ezad Lazim diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.

Persembahan Ezad menyampaikan lagu Seksa dari kumpulan Ukays kurang menambat hati barisan juri sehingga menyebabkan dia berada di kedudukan tercorot.

Menurut juri iaitu Datuk Ramli MS persembahan Ezad tidak konsisten sedangkan lagu tersebut memiliki melodi yang mudah.

“Lagu ini merdu tapi kamu nyanyi melodinya hilang sebab kucar-kacir.

ezadd

Ezad Lazim perserta tercorot pada minggu ketujuh ASGV.

“Sebutan juga kurang jelas dan tiada yang istimewa,” katanya.

Selain Ramli, ASGV juga dibarisi barisan juri Datuk Syafinaz dan Hetty Koes Endang.

ASGV yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad menyaksikan Hady Mirza berjaya menduduki tempat pertama dengan nyanyian lagu Romancinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Kurang stamina dan isu pernafasan, Zamani peserta keenam tersingkir All Stars Gegar Vaganza

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kedudukan selesa dan disukai barisan juri, Hady Mirza jawab tuduhan anak emas Ramli MS

Acara ini dikendalikan oleh pasangan pengacara Jihan Muse dan Nabil Ahmad.

Pada minggu ketujuh ASGV, Siti Nordiana diumumkan sebagai penerima Anugerah Gegaran Generasi Muda.

Manakal Naqiu pula membawa pulang hadiah bagi Anugerah Cuckoo Paling Gempak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain