suria

[V] Nampak sihat tapi rupanya Azharina sedang derita penyakit bahaya

Azharina belum bersedia untuk berkongsi sakit yang dihidapi.

PENYANYI Azharina mendedahkan dia kini berdepan dengan masalah kesihatan namun masih belum bersedia untuk berkongsi kepada umum mengenai penyakit yang dihidapinya.

Kata Azharina atau Azharina Azhar, 38, dia mula mengetahui tentang penyakitnya itu sejak tahun lalu dan kini masih dalam proses rawatan.

"Saya dapat tahu tentang penyakit ini tahun lalu dan boleh dikatakan dia kategori penyakit bahaya. Sekarang masih dalam proses untuk mengubati sakit tersebut.

azharina 3

Azharina tetap ceria dan sentiasa memberikan persembahan terbaik.

"Ada benda yang boleh dikongsi dan ada perkara yang perlu saya simpan. Kalau sudah bersedia nanti saya akan ceritakan kepada semua.

"Namun siapa yang kenal mengenali pasti tahu saya seorang yang sangat positif dan ceria. Masalah sedikit itu kita jangan terlalu fikirkan," katanya kepada mStar.

Azharina berkata demikian selepas tamat persembahan mingggu ketujuh program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang berlangsung di Auditoriom Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Persembahan dapat kritikan, Azharina menangis minta maaf pada guru - “Saya tak mahu jadi penyanyi bodoh”

ARTIKEL BERKAITAN: Ramli MS kata nyanyi tidak bagus, Azharina jawab komen juri... “Suara ini Allah SWT kurniakan”

Menurutnya lagi disebabkan sakit yang dialami itu ia juga menganggu stamina ketika menyanyi.

Tidak pernah menjadikan ia sebagai alasan untuk memberikan persembahan terbaik, Azharina juga banyak melakukan aktiviti seperti boxing dan Muay Thai sebagai senamam.

"Bila sudah ada penyakit saya perlu lakukan sesuatu untuk tingkatkan semula stamina. Sebab itu saya mula melakukan aktiviti boxing dan Muay Thai.

Masalah sedikit itu kita jangan terlalu fikirkan

AZHARINA

PENYANYI

"Penyakit ini mengganggu dari segi stamina dan juga suara. Ada hari saya rasa nak baring sahaja disebabkan mudah rasa penat.

"Sebelum masuk ASGV pun doktor sudah pesan supaya jaga pemakanan. Namun bukan mudah sebab bila sibuk, makan tidak teratur dan jadual tidak menentu," ujarnya.

azharina 4

Azharina tidak mahu jadikan masalah kesihatan sebagai mengganggu persembahan.

Sementara itu bercakap tentang cabaran minggu kelapan ASGV, penyanyi ini sedar akan ada perbandingan apabila dia diberi tugasan menyanyi lagu Ya Maulai yang dipopularkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza.

"Saya mohon belas ihsan dan maaf terlebih awal kerana tidak mungkin saya akan jadi seperti Datuk Siti. Suara kami berbeza.

"Saya juga kenalah minta izin dia untuk nyanyikan lagu ini kerana bimbang akan menghancurkannya nanti," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain