DIKHUATIRI sel barah menular dan menjadi lebih teruk, bekas vokalis Jinbara iaitu Tia memerlukan sebanyak RM250,000 untuk melakukan pembedahan pemindahan hati dengan kadar yang segera. Menurut isterinya iaitu Suzan Ahmad, sekiranya dana tersebut tidak dapat dikumpulkan secepat mungkin akan menyebabkan kanser hati yang dihadapi Tia atau Shamsul Bakhtiar Zakaria, 53, semakin melarat. Katanya, pembedahan tersebut adalah jalan terakhir bagi Tia memandangkan hatinya tidak boleh lagi berfungsi seperti biasa. Tia Jinbara hanya boleh melakukan pembedahan di India. "Abang Tia memang memerlukan bantuan RM250,000 dengan secepat mungkin untuk lakukan pembedahan pemintahan hati. Ini kerana dia sudah tidak sesuai dengan rawatan lain. "Kanser hati yang dihadapinya sudah di tahap advance. Hatinya sudah tidak berfungsi. Pembedahan ini sahaja rawatan yang boleh dilakukan. "Kalau tidak dapat duit dengan segera, takut keadaan makin teruk dan tidak dapat fly ke India untuk melakukan pembedahan itu," katanya kepada mStar pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Mengadu sakit perut dan mudah demam, Tia Jinbara disahkan hidap kanser hati ARTIKEL BERKAITAN: Jaafar Onn sudah 17 hari masuk hospital, buat pembedahan lutut dijangkiti kuman Dalam pada itu, Suzan memaklumkan dia dengan rela hati mahu mendermakan hatinya itu kepada suami. "Saya sendiri yang derma hati saya. Saya harap semua dipermudahkan dan diluluskan," ujarnya. Suzan berharap supaya orang ramai atau mana-mana syarikat dapat membantu menyalurkan bantuan bagi memudahkan urusan pembedahan suaminya itu. Tia dan isterinya, Suzan. "Buat peminat-peminat atau sesiapa mahupun syarikat ada yang bermurah hati untuk menderma atau menaja, dipersilakan. Kami amat memerlukan dalam kadar yang segera," rayunya. Sebelum ini, Tia disahkan menghidap kanser hati selepas dikejarkan ke Hospital Shah Alam pada Rabu lalu kerana mengalami sakit perut yang melampau dan sukar bernafas. Bagaimanapun isterinya memaklumkan keadaan Tia adalah stabil dan hanya sedikit kritikal. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!