BERDEPAN konflik keluarga sama sekali tidak mengganggu emosi penyanyi Shila Amzah ketika membuat persembahan di pentas Famili Duo musim ketiga (FD3) Menurut Shila atau atau Nurshahila Amir Hamzah, 33, sebagai seorang penghibur dia sudah terbiasa menyembunyikan perasaan sedih ketika berada dihadapan orang ramai. Shila bagaimanapun mengakui kasihan apabila adiknya yang juga merupakan duo program berkenaan iaitu Amir Syahir kerana terpaksa melalui ujian ini sendirian semasa dirinya sedang dalam tempoh bertenang. Shila berehat untuk mencari ketenangan. "Sejujurnya emosi ini tidak mengganggu persembahan saya kerana sudah terbiasa apabila setiap kali di atas pentas saya akan kelihatan baik-baik sahaja. Ia benda biasa untuk saya. "Cuma apabila saya burnout, saya kasihankan Syahir. Dia yang memikirkan segala konsep persembahan minggu keempat kerana saya memang tidak wujud daripada hari Isnin sampailah Sabtu tu pun saya terpaksa hadir untuk rehearsal. ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah sudah burnout! Ragu keputusan tentang karier, tak tahu cara perbetul situasi ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kekasih adik terpaksa tinggal serumah kerana hutang, Shila Amzah enggan terima sebarang alasan... "Perkara ini kelakar sebenarnya" "Sebelum tu memang dia ada mesej tanya bila nak praktis, nak nyanyi lagu apa, nak buat konsep apa... tapi saya ghosting (tak layan) dia," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Shila berkata sepanjang tempoh seminggu menjauhkan diri daripada orang ramai, dia banyak berehat di rumah dan meluangkan masa bersama anak lelakinya iaitu Seth Uwais, 4. Tidur banyak mana pun badan tetap rasa penat... kalau boleh nak bersatu (baring) dengan sofa. SHILA AMZAH PENYANYI "Saya rasa sudah terlalu lama menanggung semua ini (masalah), jadi bila sekali rasa burnout tu memang sudah tidak tertahan lagi. "Saya cuba untuk relaks, perbanyakkan rehat. Lebih banyak luangkan masa bersama anak. Saya lebih banyak ambil udara segar untuk cuba tidak fikirkan segala masalah yang ada. "Alhamdulillah setakat ini saya tidaklah sampai jatuh sakit cuma suara menjadi serak dan tidur banyak mana pun badan tetap rasa penat... kalau boleh nak bersatu (baring) dengan sofa," ujarnya. Penyanyi lagu Patah Seribu itu turut mendedahkan sebelum ini dirinya pernah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat perubatan. Shila bagaimanapun berkata dia kini lebih selesa menenangkan diri dengan berehat di rumah, selain mengelakkan untuk melihat perkara-perkara negatif di media sosial. "Sebelum ini memang saya pernah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat perubatan dan bergantung kepada ubat. "Tapi sekarang Alhamdulillah saya rasa saya hanya perlu berehat sekejap sebab di media sosial sendiri terlalu banyak yang boleh menjurus kepada perkara negatif. Shila memberi kepercayaan kepada Syahir untuk berkongsi idea persembahan. "Kita kena pandai pilih siapa yang kita follow. Saya cuba elak untuk melihat perkara-perkara negatif di media sosial," katanya. Sebelum ini, Shila mendedahkan tekanan berlebihan menyebabkan emosi, mental dan fizikalnya berada dalam keadaan letih. Disebabkan itu dia mula berasa ragu tentang keputusan yang dibuat berhubung kariernya sebagai penyanyi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!